Home » » Doktrin Ekonomi Marx

Doktrin Ekonomi Marx

Property Pribadi © Suriya-Aceh Info Anak Meulaboh Ilustrasi doc. Pribadi © Suriya-Aceh Info Anak Meulaboh: Doktrin Ekonomi Marx

Suriya-Aceh Info Anak Meulaboh Doktrin Ekonomi MarxIa adalah matlamat terakhir karya ini untuk mendedahkan hukum gerakan ekonomi bagi masyarakat moden,” iaitu, masyarakat kapitalis borjuasi, kata Marx dalam keterangan kepada Capital.

Sesuatu kajian ke dalam hubungan-hubungan pengeluaran dalam sesuatu masyarakat yang dihurai secara sejarah, dalam pengasasan, perkembangan dan kemerosotan - begitulah kandungan doktrin ekonomi Marx. Dalam masyarakat kapitalis, pengeluaran komoditi-komoditi adalah bermaharaja, dan maka kajian Marx bermula dengan kajian komoditi.

Nilai

Sesuatu komoditi adalah, di tempat pertama, sesuatu benda yang memenuhi sesuatu keperluan manusia; di tempat kedua, ia adalah sesuatu benda yang dapat ditukar untuk benda lain. Kegunaan sesuatu benda itu menjadikannya sesuatu nilai kegunaan. Nilai pertukaran (atau dengan pendek, nilai) adalah pertama sekali nisbah, perbandingan, di mana sesuatu bilangan nilai kegunaan dari satu jenis dapat ditukar untuk sesuatu bilangan nilai kegunaan yang berlainan jenis.

Pengalaman seharian menunjukkan kepada kita bahawa berjuta-juta pertukaran seperti itu sedang menyamakan dengan satu sama lain setiap jenis nilai kegunaan, malah yang paling berbeza dan tidak dapat dibandingkan. Jadi, apakah persamaan di antara benda-benda yang berbeza ini, benda-benda yang sentiasa disamakan dengan satu sama lain dalam sistem hubungan-hubungan sosial tetap? Ciri sama mereka adalah bahawa mereka merupakan hasil-hasil tenaga pekerja.

Dalam menukarkan barangan, orang menyamakan jenis tenaga pekerja yang paling berbeza. Pengeluaran komoditi-komoditi adalah sistem hubungan sosial di mana pengeluar-pengeluar individu menghasil barangan berbeza (pembahagian tenaga pekerja secara sosial), dan di mana kesemua barangan ini disamakan dengan satu sama lain dalam proses pertukaran. Akibatnya, apa yang sama kepada kesemua komoditi bukanlah tenaga pekerja kukuh dari sesuatu cabang pengeluaran, bukannya sesuatu jenis tenaga pekerja, tetapi tenaga pekerja manusia abstrak - tenaga pekerja secara umum.

Kesemua kuasa tenaga pekerja dalam sesuatu masyarakat, seperti yang diwakili dalam jumlah nilai-nilai kesemua komoditi, adalah satu dan sama dengan kuasa tenaga pekerja manusia. Beribu-ribu juta aksi pertukaran membuktikan ini. Akibatnya, setiap komoditi tertentu mewakili hanya sebahagian daripada masa tenaga pekerja yang diperlukan secara sosial. Magnitud nilai adalah ditentukan oleh jumlah tenaga pekerja yang diperlukan secara sosial, atas melalui masa tenaga pekerja yang diperlukan secara sosial untuk pengeluaran sesuatu komoditi tertentu, untuk nilai kegunaan tertentu.

“Pada bila-bila masa, melalui sesuatu pertukaran, kita menyamakan, sebagai nilai-nilai, barangan berbeza kita, dengan tindakan itu, kita juga menyamakan, sebagai tenaga pekerja, jenis-jenis tenaga pekerja berbeza yang digunakan untuknya. Kita tidak menyedari ini, namun demikian, kita melakukannya.”  

Seperti yang dikatakan oleh seorang ahli ekonomi awal, nilai adalah hubungan di antara dua orang; hanya, dia patut menambahkan: sesuatu hubungan yang disembunyikan di bawah pembalut materialis. Kita dapat memahami apakah itu nilai hanya apabila kita mempertimbangkannya daripada pendirian sebuah sistem hubungan-hubungan pengeluaran sosial dalam sesuatu masyarakat jenis bersejarah, lebih-lebih lagi, hubungan-hubungan yang mendedahkan dirinya dalam fenomena pertukaran yang luas, fenomena yang mengulangi dirinya beribu-ribu kali.

“Sebagai nilai, kesemuanya komoditi hanyalah jisim masa tenaga pekerja mengental.” 

Selepas membuat kajian terperinci mengenai sifat berlapis-dua tenaga pekerja yang terkandung dalam komoditi-komoditi, Marx kemudiannya mengkaji bentuk nilai dan duit. Di sini, tugas utama Marx adalah untuk mengkaji punca-punca bentuk nilai dalam duit, untuk mengkaji proses bersejarah perkembangan pertukaran, bermula dengan tindakan-tindakan pertukuran individu dan berkait (“bentuk nilai yang asas atau kebetulan,” di mana sesuatu kuantiti komoditi adalah ditukar bagi sesuatu kuantiti komoditi yang lain), dan kemudiannya bentuk nilai yang abadi, di mana beberapa komoditi yang berbeza ditukar untuk komoditi tertentu yang adalah satu dan sama, dan berakhir dengan bentuk nilai dalam duit, apabila emas menjadi komoditi tertentu itu, kesamaan abadi.

Sebagai hasil tertinggi perkembangan pertukaran dan pengeluaran komoditi, duit menopengkan, menyembunyikan, sifat sosial segala tenaga pekerja individu, hubungan sosial di antara pengeluar-pengeluar individu yang disatukan oleh pasaran. Marx mengkaji pelbagai fungsi duit dengan sangat terperinci; ia adalah penting untuk menotakan di sini khususnya (seperti dalam bab-bab pembukaan Capital secara umum) bahawa apa yang kelihatan seperti abstrak dan pada masa-masa tertentu cara pengkajian deduktif, dalam realiti menangani pengumpulan gergasi bahan-bahan fakta mengenai sejarah perkembangan pertukaran dan pengeluaran komoditi.

“Jika kita mempertimbangkan duit, kewujudannya menyifatkan tahap tertentu dalam pertukaran komoditi-komoditi. Fungsi-fungsi tertentu duit yang ia melakukan, antara sebagai persamaan komoditi-komoditi, atau sebagai cara penyaluran, atau sebagai cara pembayaran, sebagai penyorok atau sebagai duit abadi, menunjukkan, menurut berat luas dan relatif satu fungsi atau fungsi yang lain, tahap-tahap berbeza dalam proses pengeluaran sosial” (Capital, Jilid I).

0 Responses to komentar:

Post a Comment

Comment Policy: Silahkan tuliskan komentar Anda yang sesuai dengan topik postingan halaman ini. Komentar yang berisi tautan tidak akan ditampilkan sebelum disetujui.

Peraturan Berkomentar
[1]. Dilarang menghina, Promosi (Iklan), Menyelipkan Link Aktif, dsb
[2]. Dilarang Berkomentar berbau Porno, Spam, Sara, Politik, Provokasi,
[3]. Berkomentarlah yang Sopan, Bijak, dan Sesuai Artikel, (Dilarang OOT)
[3]. Bagi Pengunjung yang mau tanya, Sebelum bertanya, Silakan cari dulu di Kotak Pencarian

“_Terima Kasih_”