Home » » Keterangan Al-Quran Mengenai Rupabentuk Janin

Keterangan Al-Quran Mengenai Rupabentuk Janin

Property Pribadi Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh Doc. Pribadi Untuk Ilustrasi Gambar Blog Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh: Keterangan Al-Quran Mengenai Rupabentuk Janin
Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh Keterangan Al-Quran Mengenai Rupabentuk Janin » Kami perkenalkan kepada anda Dr. Marshall Johnson, Profesor Emeritus di bahagian Kajian Tubuh-manusia (‘Anatomy’) dan Kajihayat Perkembangan Manusia di Thomas Jefferson University Philadelphia, Pennsylvania, U.S.A..

Beliau bertugas di situ sejak 22 tahun yang lalu sebagai Profesor bahagian Kajian Tubuh-manusia, Pengerusi Jabatan Kajian Tubuh-manusia, dan Pengarah Institut Daniel Baugh.

Beliau juga ialah Presiden Persatuan ‘Teratology’. Beliau telah menulis 200 buah buku.

Kami bertemu dengan Profesor Johnson buat pertama kali di Persidangan Perubatan Saudi ke-7 dimana satu jawatankuasa khas telah dibentuk untuk mengkaji bukti-bukti saintifik yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis.

Ketika kami dan jawatankuasa tersebut bertemu beliau, Profesor Johnson bertanya tentang peranan jawatankuasa ini. Kami menjelaskan bahawa tujuan kajian kami ialah mencari hubungan di antara fakta-fakta sains moden dan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis.

Beliau bertanya:

“Contohnya?”

Kami memberitahu beliau:

“Contohnya, sains moden telah memberitahu kita bahawa perkembangan manusian di dalam kandungan melalui beberapa peringkat. Sedangkan Al-Quran telah menyatakan perkara yang sama sejak 1400 tahun yang lalu.”

Profesor Johnson nampak pelik dengan penerangan kami lalu berkata:

“Tak mungkin , tak mungkin, tak mungkin! Apa yang anda cakapkan ni?”

Kami memahami reaksi beliau itu. Kami tahu beliau merupakan seorang ahli sains terkemuka di Amerika Syarikat. Beliau sememangnya tahu bahawa selepas penciptaan mikroskop di kurun ke-16, para doktor kurun ke-17 mempercayai bahawa manusia terbentuk semata-mata daripada air mani lelaki sahaja, khasnya ‘sperma’ lelaki.

Teori ini dipakai oleh ahli-ahli sains kurun ke-17 dan sebahagian daripada kurun ke-18 untuk menegakkan kepercayaan mereka bahawa manusia terbentuk semata-mata daripada ‘sperma’ lelaki sahaja. Tetapi, apabila di kurun ke-18b penemuan sains menunjukkan telur wanita (‘ovum’ ) jauh lebih besar daripada ‘sperma’, mereka terus melupakan peranan lelaki (dalam pembentukan manusia) sebagaimana mereka melupakan peranan wanita di kurun ke-17.

Penemuan fakta bahawa perkembangan embrio manusia melalui beberapa peringkat hanya ditemui di pertengahan kurun ke-19. Oleh sebab itulah, apabila Profesor Johnson diberitahu bahawa fakta ini telahpun ada di dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu, beliau terus bangun dan berteriak: “Tak mungkin, tak mungkin!”. Justeru kami hulurkannya senaskah Al-Quran dan kami tunjjukan beliau ayat-ayat ini yang tekahpun diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris:

“Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya), Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat?” (Maksud Al-Quran Surah Nuh, 71: Ayat 13-14)

Kemudian kami tunjukkan kepadanya ayat ini (maksud):

“ . . . Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita . . .” (Maksud Al-Quran Surah Az-Zumar, 39: Ayat 6- untuk makna penuh, sila lihat dibawah)

Pada keseluruhannya kami bentangkan kepadanya 25 ayat. Kemudian kami bertanya: “Mungkinkah ayat-ayat ini dinyatrakan secara kebetulan?” Lebih-lebih lagi Al-Quran telah menamakan setiap peringkat itu; pertama ialah ‘nutfah’, atau setitik air; yang kedua ialah ‘alaqah, sesuatu yang menyerupai lintah; yang ketiga ialah ‘mudghah’, atau sesuatu seperti dimamah; dan keempat ialah peringkat tulang, dan pembungkusan tulang dengan daging. Justeru, adakah ini semua kebetulan sahaja?

Beliau menjawab dengan tegas:

“Tidak.”

Kemudiannya kami bertanya beliau:

‘Jadi, apa lagi kesimpulan lain?”.

Jawab beliau:

Kemungkinan yang lain ialah Muhammad (sallallahu’alaihiwasallam-pent) mempunyai sebuah mikroskop yang berkuasa tinggi.

Kami berkata:

“Tuan tahu bahawa pengetahuan yang amat khusus dan terperinci yang terdapat di dalam Al-Quran ini hanya boleh ditemui dengan menggunakan mikroskop berkuasa tinggi. Dan sesiapa yang ada teleskop sedemikian mesti juga ada teknoloji tinggi yang sepatutnya terserlah dalam cara kehidupan hariannya, rumahnya, makanannya, kawalan dan pengurusan peperangannya dan seruan damainya, dan lain-lain. Dan tuan juga tahu perkembangan teknoloji ialah satu proses yang bertalian dari satu generasi ke generasi.

Profesor Johnson ketawa sambil berkata:

Sebetulnya saya pernah lihat mikroskop pertama yang dicipta. Ia hanya dapat membesarkan hanya setakat sepuluh kali ganda sahaja dan gambarnya juga tidak begitu jelas.”.

Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam tidak pernah memiliki peralatan sains mahupun mikroskop. Kesimpulan yang masuk akal hanyalah hakikat bahawa baginda sallahu’alaihiwasallam ialah seorang rasul Allah subhanahuwata’ala. Selepas daripada perbincangan itu, Profesor Johnson menunjukkan minat untuk mempelajari bukti-bukti sains di dalam Al-Quran dengan menumpukan kepada penyelidikan beliau dalam peringkat-peringkat perkembangan embrio. Jika Dr. Moore dan saintis-saintis lain membincangkan tentang bentuk luaran janin, Profesor Johnson menumpukan syarahannya mengenai huraian terperinci Al-Quran perihal bentuk luaran dan dalaman janin.

Professor Johnson:

Ringkasnya, Al-Quran menerangkan bukan sahaja perkembangan luaran janin, malahan juga peringkat-peringkat perkembangan dalam janin, pembentukan dan perkembangannya, menekankan peristiwa penting yang dibincangkan oleh sains terkini.

Property Pribadi Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh Doc. Pribadi Untuk Ilustrasi Gambar Blog Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh: Keterangan Al-Quran Mengenai Rupabentuk Janin
Gambarajah 6.1 'Mudghah'

Contohnya, gambarajah ‘mudghah’ seperti sesuatu yang dimamah(Gambarajah 6.1), ialah satu daripada bukti yang Profesor Johnson gunakan.

Gambarajah ‘mudghah’ menunjukkan bentuk luaran embrio dengan strukturnya yang melengkung, dan dengan bentuk yang menyerupai bekas-bekas gigitan gigi. kita nampak permukaan yang tidak rata yang memberikan bentuk yang sudah boleh dicamkan walaupun pada masa ini ianya hanya satu sentimeter panjang.

Jika kita membelah embrio itu dan ambil organ dalamnya, kita akan dapati kebanyakan daripada organ-organnya sudahpun terbentuk sebagaimana yang dapat kita perhatikan di sini. Daripada gambarajah itu, didapati sebahagian daripada sel-sel juga sudahpun dibentuk, sementara sebahagian yang lain belum lagi.

Jadi, bagaimana kita boleh terangkan mengenai embrio? Apa yang patut kita perkatakan? Bolehkah kita anggap ia sebagai makhluk yang sudah pun lengkap? Maknanya kita memperkatakan tentang suatu makhluk yang sudah siap dibentuk, dan jika kita anggap ianya suatu makhluk yang belum lengkap, maknanya kita membincangkan tentang makhluk yang belum lagi dibentuk, persoalannya: Adakah embrio suatu makhluk lengkap atau belum lengkap? Tiada huraian yang lebih baik mengenai peringkat perkembangan embrio ini selain daripada ayat Al-Quran yang bermaksud:

“. . . . mudghah (sesuatu yang seperti dimamah) seketul daging yang disempurnakan dan yang tidak disempurnakan . . . “ (Maksud Al-Quran, Surah Al-Hajj: Ayat 5) Sila lihat dibawah untuk makna keseluruhan ayat ini.

Inilah kesimpulan Profesor Marshall Johnson mengenai kajiannya:

Sebagai seorang ahi sains, saya hanya mengambil kira sesuaru yang saya boleh nampak. Saya memahami ayat-ayat Al-Quran yang diterjemahkan kepada saya. Sebagaimana contoh yang saya berikan sebnelum ini, jika saya bayangkan saya hidup di zaman itu (zaman nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam-pent), saya tidak akan berupaya untuk menerangkan apa yang telah diterangkan (oleh Al-Quran-pent). 

Saya tiada apa-apa alasan untuk menafikan bahawa Muhammad (sallallahu’alaihiwasallam-pent) telah memperolehi maklumat ini daripada sesuatu sumber. Saya tidak alasan untuk menafikan bahawa terdapat satu camputangan kuasa Tuhan di dalam apa yang dia (sallallahu’alaihiwasallam-pent) telah tuliskan. (Nota- sebenarnya Nabi Muhammad sallallahu’alahiwasallam tidak menulis Al-Quran kerana baginda seorang yang tidak tahu menulis. Sebaliknya ia disalin oleh sahabat-sahabat baginda sallallahu’alaihiwasalllam selepas baginda mendapat wahyu-pent)

Benar, Al-Quran ialah Wahyu Illahi. Pilihan yang ada untuk seluruh manusia ialah untuk menurut tauladan yang telah ditunjukkan oleh ahli-ahli sains terkemuka ini yang telah pun mengaku Allah subhanahuwata’ala telah mewahyukan kepada nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam, satu kitab yang dipenuhi oleh Ilmu-Ilmu Allah subhanahuwata’ala. Allah subhanahuwata’ala juga telah berjanji bahawa manusia akan menemui tanda-tanda kekuaasaannya yang akan membuktikan bahwa Al-Quran itu ialah kitab yang diwahyukan oleh Allah subhanahu wata’ala.

Allah Yang Maha Kuasa Lagi Maha teerpuji berfirman (Surah 38: Ayat 88) bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kebenaran perkara-perkara yang diterangkannya, tidak lama lagi”.

Allah subhanahuwata’ala juga berfirman bermaksud:

“Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannuya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya. (Al-Quran Surah Al-An’am, 6: Ayat 67).

FirmanNya lagi:

“Dan akan diperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?” (Al-Quran, 41: 53)

Property Pribadi Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh Doc. Pribadi Untuk Ilustrasi Gambar Blog Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh: Keterangan Al-Quran Mengenai Rupabentuk Janin
Gambarajah 6.2


[Sumber: yang diambil oleh Admin Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh Silahkan Lihat Di News CoinMarketcap]

0 Responses to komentar:

Post a Comment

Comment Policy: Silahkan tuliskan komentar Anda yang sesuai dengan topik postingan halaman ini. Komentar yang berisi tautan tidak akan ditampilkan sebelum disetujui.

Peraturan Berkomentar
[1]. Dilarang menghina, Promosi (Iklan), Menyelipkan Link Aktif, dsb
[2]. Dilarang Berkomentar berbau Porno, Spam, Sara, Politik, Provokasi,
[3]. Berkomentarlah yang Sopan, Bijak, dan Sesuai Artikel, (Dilarang OOT)
[3]. Bagi Pengunjung yang mau tanya, Sebelum bertanya, Silakan cari dulu di Kotak Pencarian

“_Terima Kasih_”