Keupayaan Kulit, Deria Rasa

Property Pribadi Suriya-Aceh Info Anak Meulaboh Ilustrasi doc. Pribadi © Suriya-Aceh Info Anak Meulaboh: "-Keupayaan Kulit, Deria Rasa-"
Dr. Tagata Tejasen: Laa Ilaaha Illallah Muhammad Rasool Allah!

Suriya-Aceh Info Anak Meulaboh Keupayaan Kulit, Deria Rasa Orang ini sedang melafazkan kalimah syahadah, sekaligus mengesahkan bahawa dia seorang Muslim. Perkara ini berlaku ketika Persidangan Perubatan Saudi ke-8 yang diadakan di Riyadh.

Orang yang dimaksudkan ialah Profesor Tejatat Tejasen, Pengerusi Jabatan Kajian Tubuh-manusia (‘Anatomy’) di Universiti Chiang Mai, Thailand. Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Dekan Fakulti Perubatan di universiti yang sama.

Kami bentangkan kepada Profesor Tejasen beberapa ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang ada kaitan dengan fakta-fakta kajian tubuh-manusia. Beliau memaklumkan bahawa di dalam kitab ugama Buddha juga ada penerangan terperinci mengenai perkembangan embrio. Kami menyatakan kepadanya minat kami untuk melihat penerangan tersebut dan mengenali kitab berkenaan.

Setahun kemudian, Profesor Tejasen kembali ke Universiti Raja Abdul Aziz untuk satu tugasan sebagai pemeriksa luar. Kami mengingatkan beliau mengenai kenyataannya setahun yang lalu. Beliau meminta maaf dan menjelaskan bahawa beliau membuat kenyataan tesebut tanpa satu kepastian. Setelah memeriksa kitab-kitab agama Buddha, beliau tidak terjumpa sebarang keterangan mengenai perkembangan embrio itu.

Kemudian kami berikan kepadanya artikel ceramah yang ditulis oleh Profesor Keith Moore mengenai keserasian di antara fakta-fakta kajian embrio moden dan kenyataan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis. Kami bertanya jika beliau mengenali Profesor Keith Moore. Beliau menjawab sudah tentu beliau mengenalinya oleh kerana Profesor Moore ialah salah seorang daripada ahli sains terkemuka di bidang itu.

Selepas mengkaji artikel itu, Profesor Tejasen merasa begitu takjub sekali. Kami bertanya kepadanya beberapa soalan yang berkaitan dengan bidang yang dipakarinya. Satu daripadanya ialah mengenai penemuan mutakhir di dalam kajian kulit (‘dermatology’)- mengenai deria mengesan/merasa yang dimiliki oleh kulit.

Beliau menjawab; Ya, jika kebakaran kulit terlalu parah.

Kami beritahu Dr. Tejasen: Tuan tentu berminat untuk mengetahui bahawa di dalam kitab ini, kitab suci Al-Quran, terdapat rujukan sejak 1400 tahun dahulu yang membicarakan tentang hukuman keatas orang-orang yang tidak beriman di dalam api neraka; dan ayat itu mengatakan selepas kulit mereka telah musnah sama sekali, Allah subhanahuwata’ala akan menciptakan untuk mereka kulit yang baru supaya mereka boleh terus merasai azab api neraka, menandakan pengetahuan bahawa saraf di dalam kulit ada penghujungnya. Ayat itu berbunyi (maksud):

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, Lagi Maha Bijaksana.” (Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 56)

Kami bertanya: Adakah tuan setuju bahawa sejak 1400 tahun dahulu ayat ini merujuk kepada keujudan penghujung saraf di dalam kulit? Dr. Tejasen menjawab: Benar, saya setuju.

Pengethuan mengenai ciri deria-merasa ini sudah diketahui sejak lama dahulu, seperti yang dinyatakan ayat itu bahawa jika seseorang itu membuat dosa, dia akan diazabkan dengan dibakar kulitnya, kemudian Allah subhanahuwata’ala akan menggantikan kulit yang baru untuknya supaya dia boleh terus merasai keazaban itu. Ini bermakna mereka tahu sejak lama dahulu bahawa penerima deria rasa sakit berada di dalam kulit, justeru, mereka menggantikan kulit yang baru.

Kulit (rujuk gambarajah 8.1) ialah pusat kepada deria merasai bahang kebakaran. Justeru, jika kulit telah hangus terbakar secara keseluruhanntya, ia akan kehilangan deria rasanya. Oleh kerana itulah, Allah subhanahuwata’ala akan menyiksa mereka yang tidak beriman di Hari Pembalasan dengan memberikan kulit yang baru kepada mereka setiap kali kulit sebelumnya telah habis hangus, sebagaimana firmanNya Yang Maha Kuasa bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, Lagi Maha Bijaksana.” (Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 56)

Kami menyoal Profesor Tejasen:

“Adakah munasabah ayat-ayat ini datang kepada nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam bersumberkan seorang manusia? Profesor Tejasen bersetuju bahawa ayat-ayat tersebut tidak mungkin bersumberkan  manusia.

Jadi beliau bertanya sumber ayat tersebut dan daripada mana Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam menerimanya?

Kami Menjawab:

“Daripada Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Kuasa.”

Beliau lantas bertanya lagi:

“Siapa Allah Itu”

Kami menegaskan: Dia ialah Pencipta kesemua makhluk-makhluk. Jika tuan menemui satu ciri kebijaksanaan, ianya kerana ianya datang daripadaNya Yang Maha Bijaksana. Jikab tuan menemui pengetahuan mengenai kejadian cakrawala ini, ianya kerana cakrawala ini dicipta olehNya yang memiliki segala ilmu-ilmu. 

Jika tuan nampak kesempurnaan makhluk ciptaanNya, itu membuktikan Dia Pencipta Yang Maha Mengetahui, dan jika tuan bertemu sifat pemurah, ini membuktikan bahawa makhluk ini ialah ciptaanNya Yang Maha Pemurah.

Selain itu, jika tuan melihat alam ini sebagai suatu yang teratur rapi, itu membuktikan bahawa alam ini dicipta oleh Dia satu-satunya Pencipta Yang Maha Pencipta, Yang Maha Terpuji Lagi Maha Kuasa.

Property Pribadi Suriya-Aceh Info Anak Meulaboh Ilustrasi doc. Pribadi © Suriya-Aceh Info Anak Meulaboh: "-Keupayaan Kulit, Deria Rasa- Gambarajah 8.1-"
Profesor Tejasen bersetuju dengan penjelasan kami. Beliau kembali ke negaranya dan memberikan beberapa ceramah tentang pengetahuan dan penemuan barunya itu. 

Kami dimaklumkan bahawa lima daripada pelajar-pelajarnya telah memeluk Islam disebabkan ceramah-ceramah beliau. Di Persidangan Perubatan Saudi ke-8 yang diadakan di Riyadh, Profesor Tejasen menghadiri beberapa ceramah berkenaan tanda-tanda kajian perubatan di dalam Al-Quran dan hadis.

Profesor Tejasen menghabiskan empat hari bersama-sama beberapa ahli ilmu, Muslim dan bukan-Muslim, berbincang mengenai fenomena sains di dalam Al-Quran dan Hadis. Di akhir perbincangan-perbincangan itu, Profesor Tejasen bangun dan berkata:

Sejak tiga tahun lalu saya telah mulai berminat mengenai Al-Quran yang telah diberikan oleh Sheikh AbdulMajeed Az-Zindani. Tahun lepas saya telah memperolehi artikel oleh Profesor Keith Moore yang diberikan oleh Sheik ini. Beliau meminta agar saya terjemahkannya ke Bahasa Thai dan memberikan beberapa ceramah kepada umat Islam di Thailand.

Saya telah menyempurnakan permintaan beliau. Tuan-puan boleh lihat buktinya di dalam video yang telah saya hadiahkan kepada Sheik. Daripada kajian dan daripada apa yang saya pelajari sepanjang persidangan ini, saya yakin bahawa kesemua yang dicatatkan di dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu adalah suatu kebenaran yang boleh dibuktikan secara saintifik.

Oleh kerana Muhammad (sallallahu’alaihiwasallam-pent) tidak boleh membaca mahupun menulis, maka Muhammad (sallallahu’alaihiwasallam-pent) mestilah seorang rasul yang menyampaikan kebenaran sebagaimana diwahyukan kepadanya oleh Dia Yang Maha Pencipta. 

Pencipta ini mestilah Allah, atau Tuhan. Justeru, saya fikir sudah sampai masanya untuk saya melafazkan ‘Laa ilaaha illallah’, bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah, ‘Muhammad Rasool Allah’, Muhammad ialah seorang Rasul Allah

Daripada persidangan ini, saya bukan hanya dapat belajar tentang ilmu-ilmu sains, tetapi juga saya dapat bertemu ramai ahli-ahli sains baru dan menemui ramai kawan-kawan baru. Perkara yang paling berharga yang saya dapat daripada persidangan ini ialah ‘La ilaaha illallah, Muhammad Rasool Allah’ dan kesempatan menjadi seorang Muslim.

Kebenaran sememangnya dating daripada Allah subhanahuwata’ala sebagaimana firmannya bermaksud:

“Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan, mengetahui (dengan yakin, bahawa keterangan-keterangan) yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu (mengenai hari kiamat dan lain-lainnya) itulah yang benar serta memimpin ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, Lagi Maha Terpuji” (Surah Saba’, 34: Ayat 6)

Penyakit Baru Akibat Maksiat

Property Pribadi Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh Doc. Pribadi Untuk Ilustrasi Gambar Blog Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh: Penyakit Baru Akibat Maksiat
Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh Penyakit Baru Akibat Maksiat Profesor T.V.N. Persaud: Saya tiada masalah untuk menerima hakikat bahawa ini ialah satu ilham dari Tuhan atau wahyu yang membuatkan dia (baginda sallallahu’alaihiwasallam- pent) menyatakan sesuatu.

Kami perkenalkan kepada anda Dr. T.V.N. Persuad, Profesor Kajian Tubuh-manusia, Profesor Kesihatan Kanak-kanak, dan Profesor bahagian ‘Obstetrics, Gynecology, and Reproductive Science’ (Kajian sakit-puan dan sains pembiakan) di University of Manitoba, Winnipeg, Manitoba, Kanada. Di institusi itu beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Jabatan Kajian Tubuh-manusia sejak 16 tahun yang lalu.

Profesor Keith Moore yang telah memperkenalkannya kepada kami kerana dia percaya ada ahli-ahli sains yang berfikiran terbuka dan sedang mencari kebenaran. Profesor Persaud ialah salah seorang dari mereka. Beliau amat terkenal di bidangnya dan sudah menulis atau menyunting 22 buah buku teks dan telah menulis lebih daripada 181 penulisan saintifik.

Pada tahun 1991, beliau telah menerima anugerah ‘J.C.B. Award’ daripada Persatuan Pengkaji Tubuh-manusia (‘Anatomist’) Kanada. Di dalam buku-bukunya, beliau telah memasukkan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang beliau telah bincangkan di beberapa persidangan. Berikut ialah salah satu daripada Hadis yang dikaji beliau:

“Selepas 42 malam daripada (‘nutfah’-air mani), Allah menghantar malaikatnya yang akan membentukkan telinga, mata, kulit, daging, dan tulang. Kemudian malaikat  akan bertanya, “Ya Allah, adakah ia lelaki atau perempuan?” dan Allah akan menentukan jantinanya sebagaimana yang Dia kehendaki” (Sahih Muslim- Kitab Al-Qadar).

Gambarajah ini menunjukkan janin ketika berumur 35 hari (Tidak ditunjukkan- peng), yang tidak menyerupai manusia. Gambarajah seterusnya menunjukkan janin yang sama ketika 42 hari. Setakat ini, kata Dr. Persaud, kita tidak dapat camkan bentuk manusia. Kita boleh lihat gambarajah ini, diambil dengan menggunakan CIBA, menunjukkan janin di hari ke-42 (Rujuk gambarajah 7.1). Seminggu kemudian, ketika minggu ke-7, sejurus selepas 42 hari, bentuknya bertukar secara mendadak seperti yang dapat kita lihat (rujuk gambarajah 7.2). Hadis Nabi sallallahu’alaihiwasallam berbunyi (maksud):

“Selepas 42 malam daripada (‘nutfah’-air mani), Allah menghantar malaikatnya yang akan membentukkan telinga, mata, kulit, daging, dan tulang . . .”

Property Pribadi Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh Doc. Pribadi Untuk Ilustrasi Gambar Blog Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh: Penyakit Baru Akibat Maksiat
Dr. Persaud telah memberikan banyak ceramah mengenai kaitan di antara Al-Quran dan Hadis dengan sains moden. Berikut ialah satu lagi Hadis yang telah dikaji oleh Profesor Persaud dan beliau telah menjadikannya sebagai satu daripada bahan ceramahnya:

“Jika amalan-amalan lucah berlaku di kalangan manusia dan kemudiannya menjadi satu amalan biasa dan terbuka, wabak dan penyakit-penyakit baru yang tidak pernah ada sebelum ini akan merebak di kalangan mereka” (Ibn. Maajah, Al-Hakim)

Mari kita dengar huraian Profesor Persaud mengenai Hadis ini:

Memang diterima umum bahawa penyakit yang berlaku dalam ‘uterus cervix’ (rahim) berhubung-kait dengan umur wanita, kekerapan hubungan kelamin, dan bilangan pasangan seksnya. Beberapa kajian mengenai wabak penyakit telah menunjukkan hubung-kait yang nyata di antara bilangan pasangan seks dan berlakunya masalah penyakit rahim ‘cervical carcinoma’.

Akibat dan bahaya hubungan seks rambang dan hubungan seks di luar tabii telah dinayatakan di dalam Hadis ini sejak 1400 tahun dahulu. Perkataan amalan lucah ini mencakupi perzinaan, hubungan seks rambang, dan saya diberitahu: hubungan sejenis, hubungan dengan binatang, dan lain-lain hubungan seks diluar tabii, dan penyakit-peyakit seperti Herpes dan IADS ialah contoh-contoh penyakit-penyakit baru yang tiada penawarnya.

Kini baru kita benar-benar faham apa yang dimaksudkan oleh Hadis tersebut kerana hubungan sejenis, pelacuran dan amalan-amalan lucah telah berkembang dan menjadi satu amalan yang dibenarkan di negara-negara barat. Hanya beberapa tahun selepas revolusi seklah penyakit-peyakit yang dinyatakan Profesor Persaud merebak dan sesetengah daripadanya, seperti AIDS, mendatangkan bahaya kesihatan yang teruk dewasa ini.

Sabda Nabi sallallahu’alaihiwasallam amat tepat sekali. AIDS (Rujuk gambarajah 7.3) ialah satu contoh yang amat baik untuk mengambarkan penyakit yang tidak ujud sebelum sebelum ini, tetapi telah timbul dan ramai manusia yang risau kalau-kalau mereka telah dijangkiti virusnya.

Kepada Profesor Persaud, kami mengucapkan terimakasih diatas usaha beliau. Apabila kami bertanya pendapat beliau mengenai satu fenomena yang beliau sendiri amat arif mengenainya dan pernah mengkajinya, beliau berkata:

Bagi saya, Muhammad (sallallahu'alaihiwasallam-pent) ialah seorang manusia biasa. Baginda tidak boleh membaca mahupun menulis. Malahan beliau seorang yang buta-huruf. Kita bercakap mengenai zaman 1400 tahun yang lalu, dan terdapat seorang manusia yang buta-huruf tetapi memperkatakan (sabda-pent) sesuatu yang amat bertepatan dengan sains.

Secara individu, saya tidak nampak ini satu kebetulan, kerana terlalu banyak perkara yang tepat, dan seperti Dr. Moore, tidak sukar untuk saya menerima bahawa ini (Hadis) ialah sesuatu yang diilhamkan Tuhan ataupun suatu wahyu yang membuatkan baginda sallallahu’alaihiwasallam berkata (sabda-pent) sedemikian..

Daripada ilmuNya, wahyu-wahyu itu telah Allah subhanahuwataala turunkan kepada Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam. Allah subhanahuwata’ala berfirman bermaksud (Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 166):

“. . . tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu, Allah menurunkannya dengan ilmuNya, . . . .” (Makna penuh: Sila lihat di bawah)

Kitab ini, Al-Quran, ialah satu Petunjuk, Bukti, satu Kebenaran yang terbukti dan akan kekal dengan manusia hingga Hari Kiamat.

Makna Ayat Sepenuhnya....

“(Orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa yang telah diturunkan kepadamu wahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu, Allah menurunkannya dengan ilmuNya, dan malaikat juga menjadi saksi. Dan cukuplah Allah menjadi saksi (akan kebenaran Al-Quran ini)” (Maksud Al-Quran Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 166).

Property Pribadi Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh Doc. Pribadi Untuk Ilustrasi Gambar Blog Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh: Penyakit Baru Akibat Maksiat

Keterangan Al-Quran Mengenai Rupabentuk Janin Luaran dan Dalaman

Property Pribadi Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh Doc. Pribadi Untuk Ilustrasi Gambar Blog Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh: Keterangan Al-Quran Mengenai Rupabentuk Janin Luaran dan Dalaman
Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh Keterangan Al-Quran Mengenai Rupabentuk Janin Luaran dan Dalaman Kami perkenalkan kepada anda Dr. Marshall Johnson, Profesor Emeritus di bahagian Kajian Tubuh-manusia (‘Anatomy’) dan Kajihayat Perkembangan Manusia di Thomas Jefferson University Philadelphia, Pennsylvania, U.S.A.

Beliau bertugas di situ sejak 22 tahun yang lalu sebagai Profesor bahagian Kajian Tubuh-manusia, Pengerusi Jabatan Kajian Tubuh-manusia, dan Pengarah Institut Daniel Baugh.

Beliau juga ialah Presiden Persatuan ‘Teratology’. Beliau telah menulis 200 buah buku.

Kami bertemu dengan Profesor Johnson buat pertama kali di Persidangan Perubatan Saudi ke-7 dimana satu jawatankuasa khas telah dibentuk untuk mengkaji bukti-bukti saintifik yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis.

Ketika kami dan jawatankuasa tersebut bertemu beliau, Profesor Johnson bertanya tentang peranan jawatankuasa ini. Kami menjelaskan bahawa tujuan kajian kami ialah mencari hubungan di antara fakta-fakta sains moden dan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis. 

Beliau bertanya: “Contohnya?” Kami memberitahu beliau: “Contohnya, sains moden telah memberitahu kita bahawa perkembangan manusian di dalam kandungan melalui beberapa peringkat. Sedangkan Al-Quran telah menyatakan perkara yang sama sejak 1400 tahun yang lalu.”

Profesor Johnson nampak pelik dengan penerangan kami lalu berkata:

“Tak mungkin , tak mungkin, tak mungkin! Apa yang anda cakapkan ni?”

Kami memahami reaksi beliau itu. Kami tahu beliau merupakan seorang ahli sains terkemuka di Amerika Syarikat. Beliau sememangnya tahu bahawa selepas penciptaan mikroskop di kurun ke-16, para doktor kurun ke-17 mempercayai bahawa manusia terbentuk semata-mata daripada air mani lelaki sahaja, khasnya ‘sperma’ lelaki. 

Teori ini dipakai oleh ahli-ahli sains kurun ke-17 dan sebahagian daripada kurun ke-18 untuk menegakkan kepercayaan mereka bahawa manusia terbentuk semata-mata daripada ‘sperma’ lelaki sahaja. Tetapi, apabila di kurun ke-18b penemuan sains menunjukkan telur wanita (‘ovum’ ) jauh lebih besar daripada ‘sperma’, mereka terus melupakan peranan lelaki (dalam pembentukan manusia) sebagaimana mereka melupakan peranan wanita di kurun ke-17.

Penemuan fakta bahawa perkembangan embrio manusia melalui beberapa peringkat hanya ditemui di pertengahan kurun ke-19. Oleh sebab itulah, apabila Profesor Johnson diberitahu bahawa fakta ini telahpun ada di dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu, beliau terus bangun dan berteriak: “Tak mungkin, tak mungkin!”. Justeru kami hulurkannya senaskah Al-Quran dan kami tunjjukan beliau ayat-ayat ini yang tekahpun diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris:

“Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya), Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat?” (Maksud Al-Quran Surah Nuh, 71: Ayat 13-14)

Kemudian kami tunjukkan kepadanya ayat ini (maksud):

“ . . . Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita . . .” (Maksud Al-Quran Surah Az-Zumar, 39: Ayat 6- untuk makna penuh, sila lihat dibawah)

Pada keseluruhannya kami bentangkan kepadanya 25 ayat. Kemudian kami bertanya: “Mungkinkah ayat-ayat ini dinyatrakan secara kebetulan?” Lebih-lebih lagi Al-Quran telah menamakan setiap peringkat itu; pertama ialah ‘nutfah’, atau setitik air; yang kedua ialah ‘alaqah, sesuatu yang menyerupai lintah; yang ketiga ialah ‘mudghah’, atau sesuatu seperti dimamah; dan keempat ialah peringkat tulang, dan pembungkusan tulang dengan daging. Justeru, adakah ini semua kebetulan sahaja?

Beliau menjawab dengan tegas: “Tidak.”

Kemudiannya kami bertanya beliau: ‘Jadi, apa lagi kesimpulan lain?”.

Jawab beliau: Kemungkinan yang lain ialah Muhammad (sallallahu’alaihiwasallam-pent) mempunyai sebuah mikroskop yang berkuasa tinggi.

Kami berkata: “Tuan tahu bahawa pengetahuan yang amat khusus dan terperinci yang terdapat di dalam Al-Quran ini hanya boleh ditemui dengan menggunakan mikroskop berkuasa tinggi. Dan sesiapa yang ada teleskop sedemikian mesti juga ada teknoloji tinggi yang sepatutnya terserlah dalam cara kehidupan hariannya, rumahnya, makanannya, kawalan dan pengurusan peperangannya dan seruan damainya, dan lain-lain. Dan tuan juga tahu perkembangan teknoloji ialah satu proses yang bertalian dari satu generasi ke generasi.

Profesor Johnson ketawa sambil berkata: Sebetulnya saya pernah lihat mikroskop pertama yang dicipta. Ia hanya dapat membesarkan hanya setakat sepuluh kali ganda sahaja dan gambarnya juga tidak begitu jelas.”.

Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam tidak pernah memiliki peralatan sains mahupun mikroskop. Kesimpulan yang masuk akal hanyalah hakikat bahawa baginda sallahu’alaihiwasallam ialah seorang rasul Allah subhanahuwata’ala. 

Selepas daripada perbincangan itu, Profesor Johnson menunjukkan minat untuk mempelajari bukti-bukti sains di dalam Al-Quran dengan menumpukan kepada penyelidikan beliau dalam peringkat-peringkat perkembangan embrio. 

Jika Dr. Moore dan saintis-saintis lain membincangkan tentang bentuk luaran janin, Profesor Johnson menumpukan syarahannya mengenai huraian terperinci Al-Quran perihal bentuk luaran dan dalaman janin.

Property Pribadi Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh Doc. Pribadi Untuk Ilustrasi Gambar Blog Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh: Keterangan Al-Quran Mengenai Rupabentuk Janin Luaran dan Dalaman
Profesor Johnson: Ringkasnya, Al-Quran menerangkan bukan sahaja perkembangan luaran janin, malahan juga peringkat-peringkat perkembangan dalam janin, pembentukan dan perkembangannya, menekankan peristiwa penting yang dibincangkan oleh sains terkini.

Property Pribadi Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh Doc. Pribadi Untuk Ilustrasi Gambar Blog Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh: Gambarajah 6.1 'Mudghah'
Contohnya, gambarajah ‘mudghah’ – seperti sesuatu yang dimamah(Gambarajah 6.1), ialah satu daripada bukti yang Profesor Johnson gunakan.

Gambarajah ‘mudghah’ menunjukkan bentuk luaran embrio dengan strukturnya yang melengkung, dan dengan bentuk yang menyerupai bekas-bekas gigitan gigi. kita nampak permukaan yang tidak rata yang memberikan bentuk yang sudah boleh dicamkan walaupun pada masa ini ianya hanya satu sentimeter panjang.

Jika kita membelah embrio itu dan ambil organ dalamnya, kita akan dapati kebanyakan daripada organ-organnya sudahpun terbentuk sebagaimana yang dapat kita perhatikan di sini. Daripada gambarajah itu, didapati sebahagian daripada sel-sel juga sudahpun dibentuk, sementara sebahagian yang lain belum lagi.

Jadi, bagaimana kita boleh terangkan mengenai embrio? Apa yang patut kita perkatakan? Bolehkah kita anggap ia sebagai makhluk yang sudah pun lengkap? Maknanya kita memperkatakan tentang suatu makhluk yang sudah siap dibentuk, dan jika kita anggap ianya suatu makhluk yang belum lengkap, maknanya kita membincangkan tentang makhluk yang belum lagi dibentuk, persoalannya: Adakah embrio suatu makhluk lengkap atau belum lengkap? Tiada huraian yang lebih baik mengenai peringkat perkembangan embrio ini selain daripada ayat Al-Quran yang bermaksud:

“. . . . mudghah (sesuatu yang seperti dimamah) seketul daging yang disempurnakan dan yang tidak disempurnakan . . . “ (Maksud Al-Quran, Surah Al-Hajj: Ayat 5) Sila lihat dibawah untuk makna keseluruhan ayat ini.

Inilah kesimpulan Profesor Marshall Johnson mengenai kajiannya:

Sebagai seorang ahi sains, saya hanya mengambil kira sesuaru yang saya boleh nampak. Saya memahami ayat-ayat Al-Quran yang diterjemahkan kepada saya. Sebagaimana contoh yang saya berikan sebnelum ini, jika saya bayangkan saya hidup di zaman itu (zaman nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam-pent), saya tidak akan berupaya untuk menerangkan apa yang telah diterangkan (oleh Al-Quran-pent). Saya tiada apa-apa alasan untuk menafikan bahawa Muhammad (sallallahu’alaihiwasallam-pent) telah memperolehi maklumat ini daripada sesuatu sumber. Saya tidak alasan untuk menafikan bahawa terdapat satu camputangan kuasa Tuhan di dalam apa yang dia (sallallahu’alaihiwasallam-pent) telah tuliskan. (Nota- sebenarnya Nabi Muhammad sallallahu’alahiwasallam tidak menulis Al-Quran kerana baginda seorang yang tidak tahu menulis. Sebaliknya ia disalin oleh sahabat-sahabat baginda sallallahu’alaihiwasalllam selepas baginda mendapat wahyu-pent)

Benar, Al-Quran ialah Wahyu Illahi. Pilihan yang ada untuk seluruh manusia ialah untuk menurut tauladan yang telah ditunjukkan oleh ahli-ahli sains terkemuka ini yang telah pun mengaku Allah subhanahuwata’ala telah mewahyukan kepada nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam, satu kitab yang dipenuhi oleh Ilmu-Ilmu Allah subhanahuwata’ala. Allah subhanahuwata’ala juga telah berjanji bahawa manusia akan menemui tanda-tanda kekuaasaannya yang akan membuktikan bahwa Al-Quran itu ialah kitab yang diwahyukan oleh Allah subhanahu wata’ala.

Allah Yang Maha Kuasa Lagi Maha teerpuji berfirman (Surah 38: Ayat 88) bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kebenaran perkara-perkara yang diterangkannya, tidak lama lagi”.

Allah subhanahuwata’ala juga berfirman bermaksud:

“Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannuya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya. (Al-Quran Surah Al-An’am, 6: Ayat 67).

FirmanNya lagi:

“Dan akan diperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?” (Al-Quran, 41: 53)

Property Pribadi Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh Doc. Pribadi Untuk Ilustrasi Gambar Blog Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh: Keterangan Al-Quran Mengenai Rupabentuk Janin Luaran dan Dalaman

Keterangan Al-Quran Mengenai Rupabentuk Janin

Property Pribadi Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh Doc. Pribadi Untuk Ilustrasi Gambar Blog Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh: Keterangan Al-Quran Mengenai Rupabentuk Janin
Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh Keterangan Al-Quran Mengenai Rupabentuk Janin » Kami perkenalkan kepada anda Dr. Marshall Johnson, Profesor Emeritus di bahagian Kajian Tubuh-manusia (‘Anatomy’) dan Kajihayat Perkembangan Manusia di Thomas Jefferson University Philadelphia, Pennsylvania, U.S.A..

Beliau bertugas di situ sejak 22 tahun yang lalu sebagai Profesor bahagian Kajian Tubuh-manusia, Pengerusi Jabatan Kajian Tubuh-manusia, dan Pengarah Institut Daniel Baugh.

Beliau juga ialah Presiden Persatuan ‘Teratology’. Beliau telah menulis 200 buah buku.

Kami bertemu dengan Profesor Johnson buat pertama kali di Persidangan Perubatan Saudi ke-7 dimana satu jawatankuasa khas telah dibentuk untuk mengkaji bukti-bukti saintifik yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis.

Ketika kami dan jawatankuasa tersebut bertemu beliau, Profesor Johnson bertanya tentang peranan jawatankuasa ini. Kami menjelaskan bahawa tujuan kajian kami ialah mencari hubungan di antara fakta-fakta sains moden dan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis.

Beliau bertanya:

“Contohnya?”

Kami memberitahu beliau:

“Contohnya, sains moden telah memberitahu kita bahawa perkembangan manusian di dalam kandungan melalui beberapa peringkat. Sedangkan Al-Quran telah menyatakan perkara yang sama sejak 1400 tahun yang lalu.”

Profesor Johnson nampak pelik dengan penerangan kami lalu berkata:

“Tak mungkin , tak mungkin, tak mungkin! Apa yang anda cakapkan ni?”

Kami memahami reaksi beliau itu. Kami tahu beliau merupakan seorang ahli sains terkemuka di Amerika Syarikat. Beliau sememangnya tahu bahawa selepas penciptaan mikroskop di kurun ke-16, para doktor kurun ke-17 mempercayai bahawa manusia terbentuk semata-mata daripada air mani lelaki sahaja, khasnya ‘sperma’ lelaki.

Teori ini dipakai oleh ahli-ahli sains kurun ke-17 dan sebahagian daripada kurun ke-18 untuk menegakkan kepercayaan mereka bahawa manusia terbentuk semata-mata daripada ‘sperma’ lelaki sahaja. Tetapi, apabila di kurun ke-18b penemuan sains menunjukkan telur wanita (‘ovum’ ) jauh lebih besar daripada ‘sperma’, mereka terus melupakan peranan lelaki (dalam pembentukan manusia) sebagaimana mereka melupakan peranan wanita di kurun ke-17.

Penemuan fakta bahawa perkembangan embrio manusia melalui beberapa peringkat hanya ditemui di pertengahan kurun ke-19. Oleh sebab itulah, apabila Profesor Johnson diberitahu bahawa fakta ini telahpun ada di dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu, beliau terus bangun dan berteriak: “Tak mungkin, tak mungkin!”. Justeru kami hulurkannya senaskah Al-Quran dan kami tunjjukan beliau ayat-ayat ini yang tekahpun diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris:

“Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya), Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat?” (Maksud Al-Quran Surah Nuh, 71: Ayat 13-14)

Kemudian kami tunjukkan kepadanya ayat ini (maksud):

“ . . . Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita . . .” (Maksud Al-Quran Surah Az-Zumar, 39: Ayat 6- untuk makna penuh, sila lihat dibawah)

Pada keseluruhannya kami bentangkan kepadanya 25 ayat. Kemudian kami bertanya: “Mungkinkah ayat-ayat ini dinyatrakan secara kebetulan?” Lebih-lebih lagi Al-Quran telah menamakan setiap peringkat itu; pertama ialah ‘nutfah’, atau setitik air; yang kedua ialah ‘alaqah, sesuatu yang menyerupai lintah; yang ketiga ialah ‘mudghah’, atau sesuatu seperti dimamah; dan keempat ialah peringkat tulang, dan pembungkusan tulang dengan daging. Justeru, adakah ini semua kebetulan sahaja?

Beliau menjawab dengan tegas:

“Tidak.”

Kemudiannya kami bertanya beliau:

‘Jadi, apa lagi kesimpulan lain?”.

Jawab beliau:

Kemungkinan yang lain ialah Muhammad (sallallahu’alaihiwasallam-pent) mempunyai sebuah mikroskop yang berkuasa tinggi.

Kami berkata:

“Tuan tahu bahawa pengetahuan yang amat khusus dan terperinci yang terdapat di dalam Al-Quran ini hanya boleh ditemui dengan menggunakan mikroskop berkuasa tinggi. Dan sesiapa yang ada teleskop sedemikian mesti juga ada teknoloji tinggi yang sepatutnya terserlah dalam cara kehidupan hariannya, rumahnya, makanannya, kawalan dan pengurusan peperangannya dan seruan damainya, dan lain-lain. Dan tuan juga tahu perkembangan teknoloji ialah satu proses yang bertalian dari satu generasi ke generasi.

Profesor Johnson ketawa sambil berkata:

Sebetulnya saya pernah lihat mikroskop pertama yang dicipta. Ia hanya dapat membesarkan hanya setakat sepuluh kali ganda sahaja dan gambarnya juga tidak begitu jelas.”.

Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam tidak pernah memiliki peralatan sains mahupun mikroskop. Kesimpulan yang masuk akal hanyalah hakikat bahawa baginda sallahu’alaihiwasallam ialah seorang rasul Allah subhanahuwata’ala. Selepas daripada perbincangan itu, Profesor Johnson menunjukkan minat untuk mempelajari bukti-bukti sains di dalam Al-Quran dengan menumpukan kepada penyelidikan beliau dalam peringkat-peringkat perkembangan embrio. Jika Dr. Moore dan saintis-saintis lain membincangkan tentang bentuk luaran janin, Profesor Johnson menumpukan syarahannya mengenai huraian terperinci Al-Quran perihal bentuk luaran dan dalaman janin.

Professor Johnson:

Ringkasnya, Al-Quran menerangkan bukan sahaja perkembangan luaran janin, malahan juga peringkat-peringkat perkembangan dalam janin, pembentukan dan perkembangannya, menekankan peristiwa penting yang dibincangkan oleh sains terkini.

Property Pribadi Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh Doc. Pribadi Untuk Ilustrasi Gambar Blog Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh: Keterangan Al-Quran Mengenai Rupabentuk Janin
Gambarajah 6.1 'Mudghah'

Contohnya, gambarajah ‘mudghah’ seperti sesuatu yang dimamah(Gambarajah 6.1), ialah satu daripada bukti yang Profesor Johnson gunakan.

Gambarajah ‘mudghah’ menunjukkan bentuk luaran embrio dengan strukturnya yang melengkung, dan dengan bentuk yang menyerupai bekas-bekas gigitan gigi. kita nampak permukaan yang tidak rata yang memberikan bentuk yang sudah boleh dicamkan walaupun pada masa ini ianya hanya satu sentimeter panjang.

Jika kita membelah embrio itu dan ambil organ dalamnya, kita akan dapati kebanyakan daripada organ-organnya sudahpun terbentuk sebagaimana yang dapat kita perhatikan di sini. Daripada gambarajah itu, didapati sebahagian daripada sel-sel juga sudahpun dibentuk, sementara sebahagian yang lain belum lagi.

Jadi, bagaimana kita boleh terangkan mengenai embrio? Apa yang patut kita perkatakan? Bolehkah kita anggap ia sebagai makhluk yang sudah pun lengkap? Maknanya kita memperkatakan tentang suatu makhluk yang sudah siap dibentuk, dan jika kita anggap ianya suatu makhluk yang belum lengkap, maknanya kita membincangkan tentang makhluk yang belum lagi dibentuk, persoalannya: Adakah embrio suatu makhluk lengkap atau belum lengkap? Tiada huraian yang lebih baik mengenai peringkat perkembangan embrio ini selain daripada ayat Al-Quran yang bermaksud:

“. . . . mudghah (sesuatu yang seperti dimamah) seketul daging yang disempurnakan dan yang tidak disempurnakan . . . “ (Maksud Al-Quran, Surah Al-Hajj: Ayat 5) Sila lihat dibawah untuk makna keseluruhan ayat ini.

Inilah kesimpulan Profesor Marshall Johnson mengenai kajiannya:

Sebagai seorang ahi sains, saya hanya mengambil kira sesuaru yang saya boleh nampak. Saya memahami ayat-ayat Al-Quran yang diterjemahkan kepada saya. Sebagaimana contoh yang saya berikan sebnelum ini, jika saya bayangkan saya hidup di zaman itu (zaman nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam-pent), saya tidak akan berupaya untuk menerangkan apa yang telah diterangkan (oleh Al-Quran-pent). 

Saya tiada apa-apa alasan untuk menafikan bahawa Muhammad (sallallahu’alaihiwasallam-pent) telah memperolehi maklumat ini daripada sesuatu sumber. Saya tidak alasan untuk menafikan bahawa terdapat satu camputangan kuasa Tuhan di dalam apa yang dia (sallallahu’alaihiwasallam-pent) telah tuliskan. (Nota- sebenarnya Nabi Muhammad sallallahu’alahiwasallam tidak menulis Al-Quran kerana baginda seorang yang tidak tahu menulis. Sebaliknya ia disalin oleh sahabat-sahabat baginda sallallahu’alaihiwasalllam selepas baginda mendapat wahyu-pent)

Benar, Al-Quran ialah Wahyu Illahi. Pilihan yang ada untuk seluruh manusia ialah untuk menurut tauladan yang telah ditunjukkan oleh ahli-ahli sains terkemuka ini yang telah pun mengaku Allah subhanahuwata’ala telah mewahyukan kepada nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam, satu kitab yang dipenuhi oleh Ilmu-Ilmu Allah subhanahuwata’ala. Allah subhanahuwata’ala juga telah berjanji bahawa manusia akan menemui tanda-tanda kekuaasaannya yang akan membuktikan bahwa Al-Quran itu ialah kitab yang diwahyukan oleh Allah subhanahu wata’ala.

Allah Yang Maha Kuasa Lagi Maha teerpuji berfirman (Surah 38: Ayat 88) bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kebenaran perkara-perkara yang diterangkannya, tidak lama lagi”.

Allah subhanahuwata’ala juga berfirman bermaksud:

“Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannuya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya. (Al-Quran Surah Al-An’am, 6: Ayat 67).

FirmanNya lagi:

“Dan akan diperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?” (Al-Quran, 41: 53)

Property Pribadi Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh Doc. Pribadi Untuk Ilustrasi Gambar Blog Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh: Keterangan Al-Quran Mengenai Rupabentuk Janin
Gambarajah 6.2


[Sumber: yang diambil oleh Admin Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh Silahkan Lihat Di News CoinMarketcap]

Peringkat Perkembangan Janin Manusia

Property Pribadi Suriya-Aceh Info Doc. Pribadi Untuk Ilustrasi Gambar Blog Suriya-Aceh Info: Peringkat Perkembangan Janin Manusia
Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh Peringkat Perkembangan Janin Manusia » Kami perkenalkan kepada anda Dr. G.C. Georinger, Pengarah Kursus dan Profesor Madya dalam Kajian Embrio Perubatan di Jabatan Sains-hayat Sel, Fakulti Perubatan, Georgetown University, Washington, D.C.. 

Kami bertemu dengannya dan bertanya jika dalam sejarah kajian embrio ada disebut mengenai peringkat-peringkat perkembangan embrio dan jika ada apa-apa buku mengenai kajian embrio pada zaman Nabi Muhammad (sallahu ‘alaihi wa sallam); atau jika ada dibincangkan tentang perkara itu di kurun selepas baginda; atau jika pengkelasan peringkat-peringkat yang berbeza itu hanya diketahui pada pertengahan kurun ke-9.

Beliau berkata orang-orang Greek purba memang memberi perhatian kepada kajian embrio dan ramai daripada mereka yang telah cuba menerangkan apa yang terjadi kepada janin dan bagaimana ia berkembang dan membesar. Kami bersetuju dengannya bahawa Aristotle, salah satu daripada yang lain-lain, cuba mengemukakan teori-teori mengenai kajian embrio, tetapi adakah disebut mengenai peringkat-peringkat perkembangan embrio itu?

Kami memang tahu bahawa pengetahuan mengenai peringkat-peringkat perkembangan embrio ini hanya diketahui pada pertengahan kurun ke-9 dan tidak pernah terbukti kesahihannha hinggalah pada permulaan kurun ke-20. Selepas perbincangan yang panjang, Profesor Georinger bersetuju bahawa tidak tercatat dimana-mana pun mengenai peringkat-peringkat berkenaan. Justeru, kami bertanya beliau jika ada panggilan khusus kepada peringkat-peringkat itu sebagaimana yang boleh ditemui di dalam Al-Quran.

Beliau menjawab tiada. Kami bertanya lagi: “Apa pendapat tuan mengenai nama-nama yang Al-Quran gunakan untuk menerangkan tentang peringkat-peringkat perkembangan yang dilalui janin? Selepas perbincangan yang agak panjang, beliau bentangkan tentang satu kaji-selidik di Persidangan Perubatan Saudi ke-8. 

Dari kaji-selidik itu, beliau memberitahu tentang kejahilan manusia tentang peringkat-peringkat yang disebut Al-Quran itu. Beliau juga membincangkan betapa lengkap dan tepatnya nama-nama yag digunakan Al-Quran untuk menerangkan tentang perkembangan janin sekailigus memberikan gambaran yang lebih jelas. Mari kita dengar bagaimana pendapat Profesor Georinger:

Dalam hanya beberapa Aayah (ayat-ayat Al-Quran) terdapat satu keterangan yang amat lengkap terntang perkembangan manusia (janin) mulai dari ketika percantuman ‘gametes’ hinggalah peringkat ‘organonenesis’. Tidak pernah ditemui satu rekod selengkap itu mengenai perkembangan manusia (janin), seperti pengkelasan, penamaan, dan penerangan mengenainya. Jika tidak kesemuanya pun, kebanyakan daripada penerangan itu mendahului (bebrapa kurun) rekod-rekod saintifik mengenai perkembangan embrio manusia dan janin yang boleh ditemui dalam kajian sains biasa.

Perbincangan dengan Profesor Georinger mendorong kami untuk berbual mengenai satu fakta yang baharu sahaja ditemui dan boleh menamatkan apa-apa kontroversi. Walaupun kelahiran-tanpa-bapa Nabi Isa ‘alaihissalam ialah satu kepercayaan Kristian, ramai dari orang-orang Kristian yang tidak bersetuju dan menegaskan bahawa Nabi Isa mesti berbapa kerana kelahiran-tanpa-bapa suatu yang tidak logic dari sudut sains. Mereka berhujah sedemikian,. Mungkin mereka tidak sedar boleh berlaku penciptaan manusia tanpa bapa. Allah subhanahu wata ‘ala berfirman bermaksud:

”Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi ‘Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptanya dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia.” (Surau A-Li-‘Imraan, 3: Ayat 59).
Terdapat tiga jenis penciptaan manusia (yang luarbiasa-pent):

1.Nabi Adam, yang diciptakan tanpa ibu dan tanpa bapa

2.Hawa, yang diciptakan tanpa ibu

3.Nabi Isa, yang diciptakan tanpa bapa.

Justeru, Dia yang berkuasa mencipta Nabi Adam alaihissalam tanpa bapa mahupun ibu sudah tentu berkuasa pula menicpta Nabi Isa ‘alaihissalam tanpa bapa. Walaupun dengan bukti sedemikian, orang-orang Kristian masih terus bertelagah walaupun Allah subhanahu wata ‘ala telah menunjukkan pelbagai bukti. Bila ditanya megapa mereka masih meneruskan kontroversi itu, mereka menegaskan bahawa mereka tidak pernah melihat seseorang yang dicipta tanpa bapa dan tanpa ibu. Bersalahan dengan pendapat itu, sains moden telah membuktikan banyak binatang dan kehidupan lain yang dilahirkan dan membiak tanpa adanya pihak jantan (‘bapa’) di dalam kelompok mereka.

Contohnya, lebah jantan lahir daripada telur yang tidak disenyawakan oleh pihak jantan. Sedangkan telur yang disenyawakan oleh lebah jantan pula akan lahir sebagai lebah betina. Maknanya lebah jantan dilahirkan daripada telur lebah permaisuri tanpa disenyawakan oleh lebah jantan. Hari ini, kita mempunyai peralatan sains untuk mensenyawakan telur (dari pihak betina) beberapa mahkluk supaya telur itu berkembang tanpa persenyawaan dari pihak jantan.

Mari kita baca kenyataan Profesor Goeringer:

Dalam satu pendekatan yang lain, telur yang tidak disenyawakan dalam beberapa species amfibia dan mamalia bawahan boleh diperkembangkan dengan cara mekanik (seperti dengan menggunakan jarum), cara fizikal (seperi kejutan suhu) atau cara kimia dengan menggunakan beberapa bahan kimia, dan boleh berkembang kepada peringkat-peringkat perkembangannya. Dalam beberapa spesis kehidupan, cara pembiakan sebegini (‘parthenogenetic’) merupakan satu perkara biasa.

Allah subhanahu wata ‘ala telah memberikan jawapan yang pasti dan menggunakan Nabi Adam alaihissalam, nabi yang juga diimani Kristian, sebagai satu contoh seorang manusia yang tiada bapa mahupun ibu. Orang-orang Kristian menanggap satu perkara yang tidak lojik jika manusia boleh dilahirkan tanpa bapa. Justeru, Allah subhanahu wata’ala telah menunjukkan kepada mereka satu perbandingan dengan seorang manusia tanpa ibu dan tanpa ibu, iaitu Nabi Adam alaihissalam. Al-Quran menyebut (Surau A-Li-‘Imraan, 3: Ayat 59) yang bermaksud:

”Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi ‘Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptanya dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia.”

Allah subhanahu wata ‘ala telah mentakdirkan akan berlakunya perkembangan dan penemuan-penemuan sains yang pesat yang akan menunjukkan bukti demi bukti kebenaran ayat-ayat Al-Quran. Inilah caranya Al-Quran dipernyatakan kepada manusia sepanjang masa. Ayat-ayatnya diketahui oleh ahli-ahli ilmu dan ahli-ahli sains terkemuka Islam kini dan akan dating. Sains tidak akan dapat menandingi keluarbisaan Al-Quran.

“Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan, mengetahui (dengan yakin, bahawa keterangan-keterangan) yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu (mengenai hari kiamat dan lain-lainnya) itulah yang benar serta memimpin ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, Lagi Maha Terpuji” (Maksud al-Quran Surah Saba’, 34: Ayat 6)

Allah Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Agung berfirman (Surah Saad, 38: Ayat 88) bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kebenaran perkara-perkara yang diterangkannya, tidak lama lagi”.

FirmanNya lagi (Surah Fussilat, 41: ayat 53) bermaksud:

“Dan akan diperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”

Property Pribadi Suriya-Aceh Info Doc. Pribadi Untuk Ilustrasi Gambar Blog Suriya-Aceh Info: Peringkat Perkembangan Janin Manusia
Gambarajah 5.1 Telur (Ovum)

Property Pribadi Suriya-Aceh Info Doc. Pribadi Untuk Ilustrasi Gambar Blog Suriya-Aceh Info: Peringkat Perkembangan Janin Manusia
Gambarajah 5.2 Benih Lelaki (Air Mani)

Property Pribadi Suriya-Aceh Info Doc. Pribadi Untuk Ilustrasi Gambar Blog Suriya-Aceh Info: Peringkat Perkembangan Janin Manusia
Gambarajah 5.3 Zaigot (Hasil percantuman 2 benih di atas)

Peringkat-Peringkat Kejadian Manusia II

Property Pribadi Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh Doc. Pribadi Untuk Ilustrasi Gambar Blog Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh: Peringkat-Peringkat Kejadian Manusia II
Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh Peringkat-Peringkat Kejadian Manusia II » Buku “The Developing Human” (Makna: “Manusia Yang Berkembang”-pent.) ditulis oleh Profesor Keith Moore telah diterjemahkan ke lapan bahasa. 

Buku ini dianggap sebagai satu rujukan saintifik dan dipilih oleh satu jawatankuasa khas di Amerika Utara sebagai buku terbaik yang ditulis seorang penulis. 

Kami bertemu dengan penulisnya dan membentangkan kepadanya beberapa ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang berkaitan dengan bidang kepakaraannya dalam kajian embrio.

Profesor Moore yakin dengan bukti-bukti yang kami tunjukkan. Justeru, kami tanyakannya soalan berikut: “Tuan menyatakan di dalam buku tuan bahawa ketika Zaman Pertengahan (‘Middle Ages’) tiada perkembangan di dalam pengkajian sains embrio dan hanya sedikit ilmu tentangnya ujud ketika itu. Pada masa itulah Al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan baginda s.a.w. memimpin manusia berdasarkan apa yang Allah s.w.t wahyukan kepadanya. 

Terdapat di dalam Al-Quran penerangan terperinci mengenai penciptaan manusia dan peringkat-peringkat perkembangan manusia. Tuan seorang ahli sains yang terkenal di seluruh dunia. Jadi mengapa tuan tidak berlaku adil dan menyatakan kebenaran ini di dalam buku tuan?

Beliau menjawab: Anda ada buktinya dan saya tiada. Jadi, mengapa anda tidak mebentangkan bukti-bukti itu kepada kami?

Kami bentangkan kepadanya fakta-fakta (dari Al-Quran dan Hadis) itu dan Profesor Moore terbukti sebagai seorang ahli ilmu yang hebat. Di dalam edisi ketiga bukunya, beliau membuat beberapa perubahan. Buku ini telah diterjemahkan ke lapan bahasa, termasuklah Bahasa Rusia, Cina, Jepun, Jerman, Itali, Pertugis, dan Yoguslavia. Buku ini telah diedarkan keseluruh dunia dan dibaca oleh kebanyakan ahli-ahli sains terkemuka dunia.

Profesor Moore menulis di dalam bukunya mengenai Zaman Pertengahan: Perkembangan sains amat perlahan ketika Zaman Pertengahan, dan ada beberapa kajian penting mengenai embrio dibuat di zaman itu yang kita ketahui. Ada disebut di dalam Al-Quran, kitab suci orang Islam, bahawa manusia terbentuk hasil dari percantuman antara air benih lelaki dan wanita. 

Beberapa ayat memperkatakan tentang penciptaan manusia dari setitik air mani, dan ada juga ayat yang menyatakan bahawa ‘makhluk‘ yang tehasil dari percantuman itu akan hidup seperti ‘benih’ di dalam tubuh wanita enam hari selepas kemudian. (‘Blastocyst’ manusia mula hidup selepas 6 hari percantuman antara benih lelaki dan telur wanita. Rujuk Gambarajah 4.1)

Property Pribadi Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh Doc. Pribadi Untuk Ilustrasi Gambar Blog Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh: Peringkat-Peringkat Kejadian Manusia II
Al-Quran juga menyebut bahawa air mani bertukar menjadi seketul darah beku. (‘Blastocyst’ yang hidup atau yang keguguran berbentuk seperti darah beku). Selain dari itu, menurut Al-Quran embrio juga dinyatakan berbentuk seperti lintah. Embrio sememangnya berbentuk seperti seekor lintah. Embrio juga disamakan bentuknya dengan sesuatu yang dimamah- seperti ‘gum’ atau kayu. (‘Somites’ memang nampak seolah-olah sesuatu yang ada kesan gigi akibat dimamah- Tengok gambarajah 4.2).

Property Pribadi Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh Doc. Pribadi Untuk Ilustrasi Gambar Blog Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh: Peringkat-Peringkat Kejadian Manusia II
Gambarajah 4.2

Embrio yang sedang membesar disifatkan sebagai manusia ketika berumur 40 hingga 42 hari. Ketika itu embrio manusia tidak lagi berbentuk seperti embrio binatang. (Rujuk Gambarajah 4.3) (Embrio manusia mula mempunyai ciri-ciri kemanusiaan pada peringkat ini). Al-Quran juga menyatakan bahawa embrio membesar di dalam tiga keadaan atau dinding yang gelap. Ini mungkin merujuk kepada (1) dinding perut ibu (2) dinding ‘uterine’, dan (3) ‘amniochorionic membrane’ (rujuk Gambarajah 4.4.). Ruangan yang terhad tidak membenarkan perbincangan lanjut mengenai banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang memperkatakan tentang perkembangan bayi di dalam kandungan.

Property Pribadi Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh Doc. Pribadi Untuk Ilustrasi Gambar Blog Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh: Peringkat-Peringkat Kejadian Manusia II
Gambarajah 4.3

Itulah kenyataan Dr. Moore di dalam bukunya yang telahpun didearkan ke seluruh dunia, segala puji-pujian hanya untuk Allah s.w.t.. Penemuan sains telah menyebabkan Profesor Moore merasa bertanggungjawab untuk menulis perkara-perkara tersebut di dalam bukunya. Beliau kemudiannya berkesimpulan bahawa pengkelasan moden mengenai peringkat-peringkat perkembangan embrio, yang dipakai di seluruh dunia, susah untuk digunakan dan tidak lengkap. Ia tidak menyumbang kearah usaha memahami peringkat-peringkat perkembangan embrio kerana ianya dikelaskan berdasarkan nombor, iaitu peringkat 1, 2, 3, dan seterusnya. Pengkelasan yang Al-Quran nyatakan pula tidak bergantung kepada system nombor. Sebaliknya ianya berdasarkan kepada keadaan embrio yang senang dicamkan atau bentuk embrio ketika itu.

Al-Quran mengenalpasti peringkat-peringkat perkembangan kandungan seperti berikut: Nutfah yang bermakna “satu titisan” atau “sedikit jumlah air”; ‘alaqah yang bermaksud “satu makhluk yang berbentuk seperti lintah”; mudghah yang bermakna “sesuatu yang kelihatan seperti dimamah”; ‘idhaam yang bermakna “tulang” atau “skeleton”; kisaa ul idham bil-laham yang bermakna pembungkusan tulang dengan daging atau otot, dan al-nash’a yang bermakna “pembentukan janin yang boleh dicamkan”. Profesor Mooree menyedari bahawa pengkelasan oleh Al-Quran ini berdasarkan kepada peringkat-peringkat kandungan bayi yang berbeza. Beliau mengakui bahawa cara pengkelasan ini memberikan satu pengenalan saintifk yang canggih dan ianya lengkap dan senang digunakan.

Di dalam satu persidangan yang dihadirinya, Profesor Moore berkata begini:

Embrio berkembang di dalam rahim ibu atau ‘uterus’ dengan dilindungi oleh tiga lapisan pelindung seperti yang ditunjukkan di dalam ‘slide’ yang berikutnya [‘Slide’ tidak ditunjukkan-pent] (A) ialah dinding perut ‘anterior (B) dinding ‘uterine’ dan (C) ‘amniochorionic membrane (Rujuk Gambarajah 4.5) Perubahan proses yang berterusan menyebabkan pemeringkatan embrio manusia amat kompleks. Justeru, dicadangkan satu sistem pengkelasan yang baru diperkenalkan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang digunakan di dalam Al-Quran dan Hadis. Sistem yang dicadangkan ini amat mudah, menyeluruh, dan menepati fakta-fakta terkini mengenai kajian embrio.

Property Pribadi Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh Doc. Pribadi Untuk Ilustrasi Gambar Blog Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh: Peringkat-Peringkat Kejadian Manusia II
Gambarajah 4.4

Kajian mendalam mengenai Al-Quran dan Hadis sejak empat tahun yang lalu telah memberitahu kita tentang satu sistem untuk mengkelaskan embrio manusia yang amat menakjubkan disebabkan ianya di’catat’kan pada abad ke-7 Masehi. Walaupun Aristotle, pengasas kajian sains embrio, menyedari tentang embrio ayam yang berkembang berperingkat-peringkat melalui kajiannya terhadap telur ayam pada abad ke-4 Sebelum-Masehi, dia tidak mencatatkan dengan terperinci mengenai peringkat-peringkat perkembangan itu. Justeru, tidak munasabah untuk dikatakan huraian Al-Quran mengenai embrio manusia berdasarkan kajian sains ketika abad ke-7 itu. Apa yang munasabah hanyalah hakikat bahawa penerangan itu diwahyukan kepada sendiri oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda tidak mungkin tahu mengenai fakta-fakta itu kerana baginda seorang yang tidak tahu membaca dan tidak pernah mengikuti sebarang kursus berkaitan sains.

Kami memberitahu Dr. Moore, ‘Apa yang tuan kata itu benar, tetapi ia masih pincang berbanding banyak lagi ayat-ayat berkaitan kajian embrio dari Al-Quran dan Hadis yang telah kami bentangkan kepada tuan itu. Jadi, mengapa tuan tidak berlaku adil dan bentangkan keseluruhan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang membincangkan bidang kepakaran tuan itu?”.

Profesor Moore menegaskan beliau telah pun memasukkan rujukan yang sesuai di dalam buku saintifik yang khusus. Walaubagaimanapun, beliau mengajak kami menambah di dalam bukunya mana-mana ayat Al-Quran dan Hadis yang berkenaan, dan menerangkan tentang aspek keajaiban ayat-ayat itu. Kami lakukan yang demikian dan kemudiannya Profesor Moore menulis mukadimah kepada tambahan bercorak Islamik ini dan hasilnya seperti yang anda saksikan sekarang. Di setiap mukasurat yang mengandungi fakta mengenai kajian sains embrio, kami catatkan juga ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang berkaitan. Apa yang kita saksikan hari ini ialah Islam sedang mara ke dunia baru di dalam satu kelompok manusia yang adil dan berfikran terbuka.