Home » » Peringkat Perkembangan Janin Manusia

Peringkat Perkembangan Janin Manusia

Property Pribadi Suriya-Aceh Info Doc. Pribadi Untuk Ilustrasi Gambar Blog Suriya-Aceh Info: Peringkat Perkembangan Janin Manusia
Suriya-Aceh Info-Anak-Meulaboh Peringkat Perkembangan Janin Manusia » Kami perkenalkan kepada anda Dr. G.C. Georinger, Pengarah Kursus dan Profesor Madya dalam Kajian Embrio Perubatan di Jabatan Sains-hayat Sel, Fakulti Perubatan, Georgetown University, Washington, D.C.. 

Kami bertemu dengannya dan bertanya jika dalam sejarah kajian embrio ada disebut mengenai peringkat-peringkat perkembangan embrio dan jika ada apa-apa buku mengenai kajian embrio pada zaman Nabi Muhammad (sallahu ‘alaihi wa sallam); atau jika ada dibincangkan tentang perkara itu di kurun selepas baginda; atau jika pengkelasan peringkat-peringkat yang berbeza itu hanya diketahui pada pertengahan kurun ke-9.

Beliau berkata orang-orang Greek purba memang memberi perhatian kepada kajian embrio dan ramai daripada mereka yang telah cuba menerangkan apa yang terjadi kepada janin dan bagaimana ia berkembang dan membesar. Kami bersetuju dengannya bahawa Aristotle, salah satu daripada yang lain-lain, cuba mengemukakan teori-teori mengenai kajian embrio, tetapi adakah disebut mengenai peringkat-peringkat perkembangan embrio itu?

Kami memang tahu bahawa pengetahuan mengenai peringkat-peringkat perkembangan embrio ini hanya diketahui pada pertengahan kurun ke-9 dan tidak pernah terbukti kesahihannha hinggalah pada permulaan kurun ke-20. Selepas perbincangan yang panjang, Profesor Georinger bersetuju bahawa tidak tercatat dimana-mana pun mengenai peringkat-peringkat berkenaan. Justeru, kami bertanya beliau jika ada panggilan khusus kepada peringkat-peringkat itu sebagaimana yang boleh ditemui di dalam Al-Quran.

Beliau menjawab tiada. Kami bertanya lagi: “Apa pendapat tuan mengenai nama-nama yang Al-Quran gunakan untuk menerangkan tentang peringkat-peringkat perkembangan yang dilalui janin? Selepas perbincangan yang agak panjang, beliau bentangkan tentang satu kaji-selidik di Persidangan Perubatan Saudi ke-8. 

Dari kaji-selidik itu, beliau memberitahu tentang kejahilan manusia tentang peringkat-peringkat yang disebut Al-Quran itu. Beliau juga membincangkan betapa lengkap dan tepatnya nama-nama yag digunakan Al-Quran untuk menerangkan tentang perkembangan janin sekailigus memberikan gambaran yang lebih jelas. Mari kita dengar bagaimana pendapat Profesor Georinger:

Dalam hanya beberapa Aayah (ayat-ayat Al-Quran) terdapat satu keterangan yang amat lengkap terntang perkembangan manusia (janin) mulai dari ketika percantuman ‘gametes’ hinggalah peringkat ‘organonenesis’. Tidak pernah ditemui satu rekod selengkap itu mengenai perkembangan manusia (janin), seperti pengkelasan, penamaan, dan penerangan mengenainya. Jika tidak kesemuanya pun, kebanyakan daripada penerangan itu mendahului (bebrapa kurun) rekod-rekod saintifik mengenai perkembangan embrio manusia dan janin yang boleh ditemui dalam kajian sains biasa.

Perbincangan dengan Profesor Georinger mendorong kami untuk berbual mengenai satu fakta yang baharu sahaja ditemui dan boleh menamatkan apa-apa kontroversi. Walaupun kelahiran-tanpa-bapa Nabi Isa ‘alaihissalam ialah satu kepercayaan Kristian, ramai dari orang-orang Kristian yang tidak bersetuju dan menegaskan bahawa Nabi Isa mesti berbapa kerana kelahiran-tanpa-bapa suatu yang tidak logic dari sudut sains. Mereka berhujah sedemikian,. Mungkin mereka tidak sedar boleh berlaku penciptaan manusia tanpa bapa. Allah subhanahu wata ‘ala berfirman bermaksud:

”Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi ‘Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptanya dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia.” (Surau A-Li-‘Imraan, 3: Ayat 59).
Terdapat tiga jenis penciptaan manusia (yang luarbiasa-pent):

1.Nabi Adam, yang diciptakan tanpa ibu dan tanpa bapa

2.Hawa, yang diciptakan tanpa ibu

3.Nabi Isa, yang diciptakan tanpa bapa.

Justeru, Dia yang berkuasa mencipta Nabi Adam alaihissalam tanpa bapa mahupun ibu sudah tentu berkuasa pula menicpta Nabi Isa ‘alaihissalam tanpa bapa. Walaupun dengan bukti sedemikian, orang-orang Kristian masih terus bertelagah walaupun Allah subhanahu wata ‘ala telah menunjukkan pelbagai bukti. Bila ditanya megapa mereka masih meneruskan kontroversi itu, mereka menegaskan bahawa mereka tidak pernah melihat seseorang yang dicipta tanpa bapa dan tanpa ibu. Bersalahan dengan pendapat itu, sains moden telah membuktikan banyak binatang dan kehidupan lain yang dilahirkan dan membiak tanpa adanya pihak jantan (‘bapa’) di dalam kelompok mereka.

Contohnya, lebah jantan lahir daripada telur yang tidak disenyawakan oleh pihak jantan. Sedangkan telur yang disenyawakan oleh lebah jantan pula akan lahir sebagai lebah betina. Maknanya lebah jantan dilahirkan daripada telur lebah permaisuri tanpa disenyawakan oleh lebah jantan. Hari ini, kita mempunyai peralatan sains untuk mensenyawakan telur (dari pihak betina) beberapa mahkluk supaya telur itu berkembang tanpa persenyawaan dari pihak jantan.

Mari kita baca kenyataan Profesor Goeringer:

Dalam satu pendekatan yang lain, telur yang tidak disenyawakan dalam beberapa species amfibia dan mamalia bawahan boleh diperkembangkan dengan cara mekanik (seperti dengan menggunakan jarum), cara fizikal (seperi kejutan suhu) atau cara kimia dengan menggunakan beberapa bahan kimia, dan boleh berkembang kepada peringkat-peringkat perkembangannya. Dalam beberapa spesis kehidupan, cara pembiakan sebegini (‘parthenogenetic’) merupakan satu perkara biasa.

Allah subhanahu wata ‘ala telah memberikan jawapan yang pasti dan menggunakan Nabi Adam alaihissalam, nabi yang juga diimani Kristian, sebagai satu contoh seorang manusia yang tiada bapa mahupun ibu. Orang-orang Kristian menanggap satu perkara yang tidak lojik jika manusia boleh dilahirkan tanpa bapa. Justeru, Allah subhanahu wata’ala telah menunjukkan kepada mereka satu perbandingan dengan seorang manusia tanpa ibu dan tanpa ibu, iaitu Nabi Adam alaihissalam. Al-Quran menyebut (Surau A-Li-‘Imraan, 3: Ayat 59) yang bermaksud:

”Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi ‘Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptanya dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia.”

Allah subhanahu wata ‘ala telah mentakdirkan akan berlakunya perkembangan dan penemuan-penemuan sains yang pesat yang akan menunjukkan bukti demi bukti kebenaran ayat-ayat Al-Quran. Inilah caranya Al-Quran dipernyatakan kepada manusia sepanjang masa. Ayat-ayatnya diketahui oleh ahli-ahli ilmu dan ahli-ahli sains terkemuka Islam kini dan akan dating. Sains tidak akan dapat menandingi keluarbisaan Al-Quran.

“Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan, mengetahui (dengan yakin, bahawa keterangan-keterangan) yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu (mengenai hari kiamat dan lain-lainnya) itulah yang benar serta memimpin ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, Lagi Maha Terpuji” (Maksud al-Quran Surah Saba’, 34: Ayat 6)

Allah Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Agung berfirman (Surah Saad, 38: Ayat 88) bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kebenaran perkara-perkara yang diterangkannya, tidak lama lagi”.

FirmanNya lagi (Surah Fussilat, 41: ayat 53) bermaksud:

“Dan akan diperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”

Property Pribadi Suriya-Aceh Info Doc. Pribadi Untuk Ilustrasi Gambar Blog Suriya-Aceh Info: Peringkat Perkembangan Janin Manusia
Gambarajah 5.1 Telur (Ovum)

Property Pribadi Suriya-Aceh Info Doc. Pribadi Untuk Ilustrasi Gambar Blog Suriya-Aceh Info: Peringkat Perkembangan Janin Manusia
Gambarajah 5.2 Benih Lelaki (Air Mani)

Property Pribadi Suriya-Aceh Info Doc. Pribadi Untuk Ilustrasi Gambar Blog Suriya-Aceh Info: Peringkat Perkembangan Janin Manusia
Gambarajah 5.3 Zaigot (Hasil percantuman 2 benih di atas)

0 Responses to komentar:

Post a Comment

Comment Policy: Silahkan tuliskan komentar Anda yang sesuai dengan topik postingan halaman ini. Komentar yang berisi tautan tidak akan ditampilkan sebelum disetujui.

Peraturan Berkomentar
[1]. Dilarang menghina, Promosi (Iklan), Menyelipkan Link Aktif, dsb
[2]. Dilarang Berkomentar berbau Porno, Spam, Sara, Politik, Provokasi,
[3]. Berkomentarlah yang Sopan, Bijak, dan Sesuai Artikel, (Dilarang OOT)
[3]. Bagi Pengunjung yang mau tanya, Sebelum bertanya, Silakan cari dulu di Kotak Pencarian

“_Terima Kasih_”