Home » » Falsafah Materialisme

Falsafah Materialisme

Property Pribadi Suriya-Aceh Info Anak Meulaboh Ilustrasi doc. Pribadi © Suriya-Aceh Info Anak Meulaboh: "-Falsafah Materialisme. (www.suriya-aceh.eu.org)-"
Suriya-Aceh Info Anak Meulaboh Falsafah Materialisme Bermula dengan tahun-tahun 1844-1845, apabila pandangan-pandangannya mengambil bentuk, Marx merupakan seorang materalis dan khususnya pengikut Ludwig Feuerbach, yang kelemahan-kelemahannya Marx kemudiannya melihat hanya dalam konsep materialisme-nya yang tidak cukup mantap dan mendalam.

Bagi Marx, kepentingan bersejarah dan “pembuat zaman” Feuerbach terletak dalam pemisahan dengan idealisme Hegel dan dalam laungan materialisme, yang sudah “pada abad kelapan-belas, terutamanya materialisme Perancis, bukan sahaja merupakan perjuangan menentang pertubuhan-pertubuhan politik dan menentang… agama dan teologi, tetapi juga… menentang segala metafizik” (dari segi “spekulasi mabuk” seperti yang berbeza daripada “falsafah sedar”).

(The Holy Family dalam Literarischer Nachlas). “Bagi Hegel…” Marx menulis, “proses pemikiran, yang, di bawah nama ‘Idea’, dia mengubah menjadi subjek bebas, adalah demiurgos (pencipta, pewujud) dunia sebenar… Dengan saya, sebaliknya, yang sempurna adalah tidak lain daripada dunia materialis dicerminkan oleh minda manusia, dan diterjemahkan ke dalam bentuk-bentuk pemikiran” (Capital, Jilid I, Kata Pengantar kepada Edisi Kedua).

Dalam aliran yang sama sepenuhnya dengan falsafah materialis Marx ini, dan mengukuhkannya, Frederick Engels menulis dalam Anti-Dühring (dibaca olh Marx dalam manuskrip):

“Perpaduan dunia tidak terdiri dalam kewujudkan dunia… Perpaduan sebenar dunia terdiri dalam sifat materialis-nya, dan ini dibuktikan… oleh perkembangan falsafah dan sains semulajadi yang lama dan letih…”.

Gerakan adalah cara kewujudan jisim. Tidak pernah di mana-mana terdapatnya jisim tanpa gerakan, atau gerakan tanpa jisim, dan ia tidak dapat berlaku sebegitu… Tetapi jika… persoalan diutarakan: apakah pemikiran dan kesedaran sebenarnya, dan ia datangnya dari mana; ia menjadi jelas bahawa ianya adalah hasil otak manusia dan bahawa manusia sendiri adalah hasil Alam, yang telah berkembang dalam dan dengan alam semula jadi nya; maka, ia adalah jelas bahawa hasil-hasil otak manusia, dalam kajian terakhir sebagai hasil-hasil Alam, tidak bercanggah dengan hubungan-hubungan Alam yang lain tetapi adalah sejajar dengannya…

“Hegel merupakan seorang idealis, iaitu untuk mengatakan, pemikiran dalam mindanya adalah bagi dia bukannya lebih atau kurang imej-imej abstrak [Abbilder, pertimbangan; Engels kadang-kala mengatakan ‘tekapan’] benda-benda dan proses-proses tulin, tetapi, sebaliknya, benda-benda dan perkembangannya adalah bagi dia hanya imej-imej, dijadikan benar, bagi ‘Idea’ yang wujud di sesuatu tempat atau tempat yang lain sebelum dunia sendiri wujud.”

Dalam Ludwig Feuerbach di mana Engels mengutarakan pandangannya sendiri dan pandangan Marx mengenai falsafah Feuerbach, dan yang dihantar kepada pihak pencetak selepas dia telah membaca semula manuskrip lama yang ditulis oleh Marx dan dirinya sendiri pada tahun 1844-1845 mengenai Hegel, Feuerbach dan konsep materialis mengenai sejarah – dia menulis:

“Soalan asas besar mengenai segala falsafah, terutamanya falsafah mutakhir, adalah hubungan pemikiran dan kewujudan… jiwa kepada Alam… yang manakah utama, jiwa atau Alam… Jawapan-jawapan yang diberikan oleh ahli-ahli falsafah kepada soalan ini membahagikan mereka ke dalam dua kem besar. Mereka yang mendakwa keutamaan jiwa di bawah Alam dan, maka, dalam peristiwa terakhir, menganggap penciptaan dunia dalam satu bentuk atau bentuk yang lain… membuat perjanjian dengan kem idealisme.

Yang lain, yang menganggap Alam sebagai utama, adalah kepunyaan pelbagai sekolah materialisme.” Mana-mana kegunaan lain bagi konsep-konsep idealisme dan materialisme (falsafah) hanya membawa kekeliruan. Marx dengan nyata menolak, bukan sahaja idealisme, yang sentiasa dikaitkan dalam satu cara atau cara yang lain dengan agama, tetapi juga pandangan – yang sangat luas tersebar pada hari kita – Hume dan Kant, agnostikisme, kritikan, dan positifisme dalam bentuk-bentuk yang berlainan; dia menganggap falsafah tersebut sebagai pemberian ‘reaksioner’ kepada idealisme, dan paling baik sekali “cara malu untuk menerima materialisme dengan sulit, sambil menafikannya di hadapan dunia.”

Mengenai persoalan ini, lihat, di samping karya-karya oleh Engels dan Marx yang disebutkan di atas, surat yang Marx menulis kepada Engels pada 12hb Disember, 1868, di mana, merujuk kepada kata-kata ahli naturalis Thomas Huxley, yang “lebih bersifat materialistik” daripada biasa, dan sebutannya bahawa “selagi kita melihat dan berfikir, kita tidak dapat melarikan diri daripada materialisme,” Marx mengutuk Huxley keranan membiarkan “lubang terbuka” bagi agnostikisme, bagi Humisme. Ia adalah penting untuk menotakan pandangan Marx mengenai hubungan kebebasan dan kemestian:

“Kebebasan adalah penghargaan kemestian. ‘Kemestian adalah buta hanya sejauh mana ia tidak difahami’” (Engels dalam Anti-Dühring). Ini bermakna pengiktirafan perintah hukum-hukum objektif dalam Alam dan perubahan kemestian dialektik menjadi kebebasan (dalam cara yang sama seperti perubahan “benda dalam dirinya sendiri” tidak sedar tetapi dapat dijadikan sedar menjadi “benda bagi kita”, dari “jiwa benda-benda” menjadi “fenomena”).

Marx dan Engels menganggap materialisme ‘lama,’ termasuk falsafah Feuerbach (dan materialisme Büchner, Vogt dan Moleschott yang lebih ‘kasar’), mengandungi kelemahan-kelemahan berikut:

(1) materialisme ini “secara umumnya adalah mekanikal,” gagal untuk mempertimbangkan kemajuan-kemajuan terbaru dalam kimia dan biologi (pada hari ini, ia perlu ditambah: dan alam teori jisim elektrik); (2) materialisme lama adalah bersifat bukan bersejarah dan bukan dialektik (metafizikal, dan erti anti-dialektik), dan tidak mematuhi dengan berterusan dan mendalam kepada pendirian kemajuan; (3) ia menganggap “inti manusia” dalam abstrak, bukannya sebagai “yang paling rumit” (ditentukan secara kukuh dan bersejarah) daripada “hubungan-hubungan sosial,” dan maka hanya “mengkaji” dunia, manakala ia merupakan persoalan “mengubah” dunia, iaitu, ia tidak memahami kepentingan “aktiviti revolusioner praktis.”

0 Responses to komentar:

Post a Comment

Comment Policy: Silahkan tuliskan komentar Anda yang sesuai dengan topik postingan halaman ini. Komentar yang berisi tautan tidak akan ditampilkan sebelum disetujui.

Peraturan Berkomentar
[1]. Dilarang menghina, Promosi (Iklan), Menyelipkan Link Aktif, dsb
[2]. Dilarang Berkomentar berbau Porno, Spam, Sara, Politik, Provokasi,
[3]. Berkomentarlah yang Sopan, Bijak, dan Sesuai Artikel, (Dilarang OOT)
[3]. Bagi Pengunjung yang mau tanya, Sebelum bertanya, Silakan cari dulu di Kotak Pencarian

“_Terima Kasih_”