Home » » Perjuangan Kelas

Perjuangan Kelas

Property Pribadi Suriya-Aceh Info Anak Meulaboh Ilustrasi doc. Pribadi © Suriya-Aceh Info Anak Meulaboh: "-Perjuangan Kelas-"
Suriya-Aceh Info Anak Meulaboh Perjuangan Kelas Ia adalah pengetahuan umum bahawa, dalam mana-mana masyarakat, perjuangan beberapa ahlinya bercanggah dengan perjuangan orang lain, bahawa kehidupan sosial adalah penuh dengan percanggahan, dan bahawa sejarah mendedahkan sesuatu perjuangan di antara negara-negara dan masyarakat-masyarakat, serta di dalam negara-negara dan masyarakat-masyarakat, dan selain itu, saling penggantian zaman revolusi dan reaksi, kedamaian dan peperangan, kebantutan dan kemajuan pesat atau kemunduran.

Marxsisme telah memberikan panduan, iaitu, teori perjuangan kelas, untuk perjumpaan hukum-hukum yang memerintah keadaan yang seolah-olah mengelirukan dan bersifat huru-hara. Ia hanyalah kajian jumlah perjuangan kesemua ahli sesebuah masyarakat atau kumpulan masyarakat-masyarakat yang dapat membawa penghuraian saintifik mengenai hasil perjuangan-perjuangan tersebut. Perjuangan-perjuangan yang bercanggah berpunca dari perbezaan dalam kedudukan dan cara kehidupan kelas-kelas ke dalam mana masyarakat dibahagikan.

“Sejarah kesemua masyarakat yang sedia ada adalah sejarah perjuangan kelas,” Marx menulis dalam Communist Manifesto (dengan pengecualian sejarah masyarakat kuno, Engels kemudiannya menambah). “Orang bebas dan hamba, bangsawan dan golongan bawahan, tuan dan serf, ahli tukang dan pembantu tukang, pendek kata, penindas dan yang tertindas, sentiasa berdiri dalam tentangan di antara satu sama lain, mengusahakan pertempuran yang berterusan, kadang-kala disembunyikan, kadang-kala diperjuangkan secara terbuka, sesuatu pertempuran yang berakhir setiap kali antara dalam penyusunan semula masyarakat secara berevolusi, atau dalam kehancuran bersama-sama kelas-kelas yang saling berjuang… Masyarakat borjuasi moden yang telah bertunas dari kebinasaan masyarakat feudal belum membasmi penentangan-penentangan kelas.

Ia hanya telah mendirikan kelas-kelas baru, keadaan-keadaan penindasan baru, bentuk-bentuk perjuangan baru yang menggantikan bentuk-bentuk lama. Namun, zaman kita, iaitu zaman borjuasi, menunjukkan sifat yang istimewa berikut: ia telah meringkaskan penentangan-penentangan kelas. Masyarakat secara keseluruhan semakin bercerai ke dalam dua kem bermusuhan besar, ke dalam dua kelas besar yang berhadapan dengan satu sama lain: Borjuasi dan Proletariat.” Sejak Revolusi Perancis Besar, sejarah Eropah telah, di beberapa negara, mendedahkan apa yang sebenarnya terletak di bawah peristiwa-peristiwa – perjuangan-perjuangan kelas.

Zaman Pemulihan di Perancis sudah mengeluarkan beberapa ahli sejarah (Thierry, Guizot, Mignet dan Thiers) yang, dalam menyimpulkan apa yang berlaku, didesak untuk mengaku bahawa perjuangan kelas merupakan kunci kepada segala sejarah Perancis. Zaman moden – iaitu zaman kejayaan sepenuhnya borjuasi, pertubuhan-pertubuhan perwakilan, hak mengundi luas (jika bukan mutlak), akhbar harian murah, yang disebarkan dengan luas di kalangan rakyat, dan sebagainya, sesuatu zaman kesatuan-kesatuan pekerja dan kesatuan-kesatuan pihak majikan yang berkuasa dan semakin menyebar, dan sebagainya – telah menunjukkan dengan lebih menakjubkan (walaupun kadangkala dalam bentuk yang sangat berat sebelah, ‘damai’ dan ‘perlembagaan’) sebagai tenaga penggerak peristiwa-peristiwa.

Petikan berikat dari Manisfesto Komunis oleh Marx akan menunjukkan kepada kita apa yang Marx menuntut dari sains sosial berkenaan dengan kajian objektif ke atas kedudukan setiap kelas dalam masyarakat moden, dengan rujukan kepada kajian setiap kelas dalam keadaan-keadaan kemajuan: “Di antara kesemua kelas yang berhadapan dengan borjuasi pada hari ini, hanya proletariatlah yang benar-benar sebuah kelas revolusioner. Kelas-kelas yang lain mereput dan akhirnya lesap apabila berhadapan dengan Industri Moden; proletariat ada hasilnya yang khas dan mustahak. Kelas menengah bawahan, usahawan kecil, pekedai, tukang, petani, kesemua mereka berjuang menentang borjuasi, untuk menyelamatkan kewujudan mereka sebagai bahagian kelas menengah daripada kepupusan. Oleh kerana ini, mereka bukanlah bersifat revolusioner, tetapi konservatif.

Lebih-lebih lagi, mereka bersifat menentang kemajuan, kerana mereka mencuba memutar balik roda sejarah. Jika secara kebetulan mereka bersifat revolusioner, mereka hanyalah sedemikian akibat pemindahan mereka ke proletariat yang semakin mendekati, maka mereka bukanya mempertahankan masa sekarang mereka, tetapi kepentingan-kepentingan masa depan mereka, iaitu mereka meninggalkan pendirian mereka sendiri untuk menempatkan diri mereka pada pendirian proletariat.”

Dalam beberapa karya bersejarah (lihat Bibiliografi), Marx memberikan contoh-contoh hebat bagi sejarah materialis, dan kajian mengenai kedudukan setiap kelas individu, dan kadang-kala bagi kumpulan-kumpulan yang berlainan atau lapisan dalam sesebuah kelas, menunjukkan dengan jelas mengapa dan bagaimana “setiap perjuangan kelas adalah perjuangan politik.” Petikan di atas adalah gambaran mengenai rangkaian rumit hubungan-hubungan sosail dan tahap-tahap peralihan dari satu kelas ke kelas yang lain, dari masa yang lalu ke masa depan, dikaji oleh Marx untuk menentukan perkembangan bersejarah yang dihasilkan daripadanya.

Doktrin ekonomi Marx adalah pengesahan dan pengalaman teori ini yang paling mendalam, menyeluruh dan terperinci.

0 Responses to komentar:

Post a Comment

Comment Policy: Silahkan tuliskan komentar Anda yang sesuai dengan topik postingan halaman ini. Komentar yang berisi tautan tidak akan ditampilkan sebelum disetujui.

Peraturan Berkomentar
[1]. Dilarang menghina, Promosi (Iklan), Menyelipkan Link Aktif, dsb
[2]. Dilarang Berkomentar berbau Porno, Spam, Sara, Politik, Provokasi,
[3]. Berkomentarlah yang Sopan, Bijak, dan Sesuai Artikel, (Dilarang OOT)
[3]. Bagi Pengunjung yang mau tanya, Sebelum bertanya, Silakan cari dulu di Kotak Pencarian

“_Terima Kasih_”