Home » » Ringkasan Biografi Pendek Dengan Penerangan Mengenai Marxsisme

Ringkasan Biografi Pendek Dengan Penerangan Mengenai Marxsisme

Property Pribadi Suriya-Aceh Info Anak Meulaboh Ilustrasi doc. Pribadi © Suriya-Aceh Info Anak Meulaboh: "-Ringkasan Biografi Pendek Dengan Penerangan Mengenai Marxsisme. (www.suriya-aceh.eu.org)-"

Suriya-Aceh Info Anak Meulaboh Ringkasan Biografi Pendek Dengan Penerangan Mengenai Marxsisme Marx, Karl, dilahirkan pada 5hb Mei, 1818 (kalendar revolusioner), di bandar Trier (Prusia Rhenis).

Bapanya merupakan seorang peguam, seorang Yahudi, yang pada tahun 1824 menganut Protestanisme. Keluarganya agak kaya, beradat, tetapi bukannya revolusioner. Selepas mendapat ijazah dari sebuah Gymnasium di Trier, Marx memasuki universiti, pertama sekali di Bonn dan kemudiannya di Berlin, di mana dia mempelajari perihal perundangan, dengan keutamaan dalam sejarah dan falsafah.

Dia menamatkan kursus universiti pada tahun 1841, dengan tesis doktoral mengenai falsafah Epicurus. Pada masa itu, Marx merupakan seorang idealis Hegelian dalam pandangannya. Di Berlin, dia menjadi ahli bulatan ‘Hegelian Sayap Kiri’ (Bruno Bauer dan lain-lain) yang mencuba mencari kesimpulan atheistik dan revolusioner dari falsafah Hegel.

Selepas mendapat ijazah, Marx berpindah ke Bonn, dengan harapan menjadi seorang profesor. Namun, polisi reaksioner kerajaan, yang menghalang Ludwig Feuerbach daripada jatawan pengerusi pada tahun 1832, enggan membenarkannya untuk kembali ke universiti pada tahun 1826, dan pada tahun 1841 menghalang Profesor Bruno Bauer yang muda untuk berkhutbah di Bonn, memaksa Marx melepaskan idea kerjaya akademik. Pandangan Hegelian Sayap Kiri semakin menyebar di Jerman pada masa itu. Ludwig Feuerbach mulai mengkritik teologi, terutamanya selepas tahun 1836, dan berpaling kepada materialisme, yang pada tahun 1841 mendapat keutamaan dalam falsafah dia (The Essence of Christianity).

Tahun 1843 menyaksikan kemunculan karya Feuerbach, Principles of the Philosophy of the Future. “Seseorang mesti mengalami sendiri kesan pembebasan” buku-buku ini, Engels kemudiannya menulis mengenai karya-karya Feuerbach tersebut. “Kami [iaitu, Hegelian Sayap Kiri, termasuk Marx] semua menjadi penganut Feuerbach dengan serta-merta.” Pada masa itu, beberapa orang borjuasi radikal di Rhineland, yang berhubungan dengan Hegelian Sayap Kiri, mengasaskan, di Cologne, akhbar pembangkang bertajuk Rheinische Zeitung (terbitan pertama dikeluarkan pada 1hb Januari 1842).

Marx dan Bruno Bauer diundang untuk menjadi penyumbang utama, dan pada bulan Oktober 1842, Marx menjadi penyunting utama dan berpindah dari Bonn ke Cologne. Aliran revolusioner-demokratik akhbar tersebut menjadi semakin tertera di bawah penyuntingan Marx, dan pihak kerajaan pertama sekali menekankan penapisan dua kali dan tiga kali ganda pada akhbar tersebut, dan kemudian pada 1hb Januari 1843, mengambil keputusan untuk mengharamkannya.

Marx terpaksa menyara daripada jawatan penyuntingan sebelum tarikh it, tetapi penyaraannya tidak menyelamatkan akhbar tersebut, yang menghentikan penerbitan pada bulan Mac 1843. Daripada rencana-rencana utama yang disumbangkan oleh Marx kepada Rheinische Zeitung, Engels menotakan, di samping rencana-rencana yang dinyatakan di bawah (lihat Bibliografi), sesuatu rencana mengenai keadaan petani-petani yang menanam wain di Lembah Moselle. Aktiviti-aktiviti kewartawanan Marx meyakinkannya bahawa dia tidak cukup mengenali ekonomi politik, dan dia bermula mempelajarinya dengan tekun.

Pada tahun 1843, Marx mengahwini, di Kreuznach, Jenny von Westphalen, seorang kawan dari umur muda yang dia telah bertunang dengan semasa dia masih merupakan seorang pelajar. Isterinya datangnya dari keluarga bangsawan Prusia yang reaksioner, dengan abangnya menjadi Menteri Dalam Negara Prusia pada masa yang paling reaksioner 1850-1858. Pada musim luruh tahun 1843, Marx melawat Paris untuk menerbitkan jurnal radikal di luar negara, bersama dengan Arnold Ruge (1802-1880; pengikut Hegelian Sayap Kiri; dipenjarakan dari tahun 1825-1830; seorang yang dibuang negara dari tahun 1848, dan seorang pengikut Bismarck selepas tahun 1866-1870).

Hanya satu terbitan jurnal ini, Deutsch-Franzöische Jahrbücher, dikeluarkan; terbitan ditamatkan kerana kesusahan pengagihan dengan sulit di Jerman, dan kerana percanggahan dengan Ruge. Rencana-rencana Marx dalam jurnal ini menunjukkan bahawa dia sudah merupakan seorang revolusioner, yang mengajukan “kritikan tajam terhadap segala yang wujud,” dan terutamanya “kritikan oleh senjata,” dan merayu kepada rakyat jelata dan kepada proletariat.

Pada bulan September 1844, Frederich Engels melawat Paris selama beberapa hari, dan dari masa itu menjadi sahabat karib Marx. Merek berdua mengambil bahagian aktif dalam kehidupan, yang pada masa itu sedang mendidih, kumpulan-kumpulan revolusioner di Paris (yang penting pada masa itu merupakan doktrin Proudhon, yang Marx mengkritik dengan tajam dalam Poverty of Philosophy, 1847); memperjuangkan pertempuran yang nekad menentang pelbagai doktrin sosialisme borjuasi kecil, mereka menghasilkan teori dan taktik sosialisme proletariat revolusioner, atau komunisme (Marxsisme). Lihat karya-karya Marx pada masa ini, 1844-1848, dalam Bibliografi.

Pada desakan berterusan Kerajaan Prusia, Marx dibuang negari dari Paris pada tahun 1845, sebagai seorang revolusioner bahaya. Dia berpindah ke Brussels. Pada musim bunga tahun 1847, Marx dan Engels menjadi ahli masyarakat propaganda rahsia yang dinamakan Liga Komunis ; mereka mengambil peranan penting dalam Kongres Liga Kedua (London, November 1847), pada saranan mana mereka menghasilkan Communist Manifesto yang diraikan, dan yang muncul pada bulan Februari 1848.

Dengan kejelasan dan kebijaksanaan seorang genius, karya ini menggariskan konsep dunia baru, materialisme selari, yang juga memupuk arena kehidupan sosial; dialektik, sebagai doktrin perkembangan yang paling menyeluruh dan mendalam; teori perjuangan jelas dan peranan revolusioner bersejarah-dunia proletariat iaitu pencipta masyarakat komunis baru.

Semasa letusan Revolusi Februari 1848, Marx dibuang negara dari Belgium. Dia kembali ke Paris, di mana, selepas Revolusi Mac , dia berpindah ke Cologne, Jerman, di mana Neue Rheinische Zeitung diterbitkan dari 1hb Jun, 1848 sehingga 19hb Jun, 1849, dengan Marx sebagai penyunting utama. Teori baru tersebut disahkan dengan baik sekali oleh aliran peristiwa-peristiwa revolusioner tahun 1848-1849, sebagaimana ia telah disahkan kemudiannya oleh kesemua gerakan proletariat dan demokratik di negara-negara di seluruh dunia.

Pihak revolusi-balasan yang berjaya pertama sekali memulakan kes makhamah menentang Marx (dia didapati tidak bersalah pada 9hb Februari 1849), dan kemudiannya dia dibuang negara dari Jerman (16hb Mei 1849). Pertama sekali, Marx kembali ke Paris, dan sekali lagi dibuang negara selepas demonstrasi pada 13hb Jun, 1849 , dan kemudiannya dia berpindah ke London, di mana dia menetap sehingga kematiannya.

Kehidupan dia dalam buangan negara politik merupakan kesusahan yang susah, seperti penyuratan di antara Marx dan Engels (diterbitkan pada tahun 1913) jelasnya menunjukkan. Kemiskinan membebankan dengan berat Marx dan keluarganya; jika ia bukan kerana bantuan kewangan berterusan dan tanpa mengiri diri sendiri oleh Engels, Marx sudah pasti tidak dapat menghabiskan Capital bahkan juga akan dihancurkan oleh keinginan. 

Lebih-lebih lagi, doktrin-doktrin dan aliran-aliran sosialisme borjuasi kecil yang bermaharajela, dan sosialisme bukan proletariat secara umumnya, memaksa Marx untuk memperjuangkan pertempuran berterusan dan tanpa belas kasihan dan kadang-kala untuk menentang serangan-serangan peribadi yang paling ganas dan keji (Herr Vogt).

Marx, yang berdiri dengan luar biasa dari bulatan-bulatan mereka yang dibuang negara, memperkembangkan teori materialis dalam beberapa karya bersejarah (lihat Bibliografi), dengan memberikan dirinya secara umumnya kepada pelajaran ekonomi politik. Marx merevolusikan sains ini (lihat ‘Doktrin Marxsis’ di bawah) dalam karyanya, Contribution to the Critique of Political Economy (1859) dan Capital (Jilid I, 1867).

Kebangkitan semula gerakan-gerakan demokratik pada hujung tahun 1850-an dan pada tahun 1860-an memanggil semula Marx kepada aktiviti politik. Pada tahun 1864 (28hb September), Pertubuhan Pekerja Antarabangsa Internasional Pertama yang terkenal diasaskan di London. Marx berada di hati dan jiwa pertubuhan ini, dan merupakan pengarang Kenyataan pertamanya dan pelbagai resolusi-resolusi, deklarasi-deklarasi dan manifesto-manifesto yang lain. 

Dalam menyatukan gerakan pekerja dari pelbagai negara, berusaha untuk menyalur pelbagai bentuk sosialis bukan proletariat dan pra-Marxsis (Mazzini, Proudhon, Bakunin, gerakan kesatuan pekerja liberal di Britain, pergolakan Lassallean ke sayap kiri di Jerman, dan sebagainya) ke dalam aktiviti bersama dan dalam menentang teori-teori kesemua kumpulan dan sekolah tersebut, Marx menghasilkan taktik seragam bagi perjuangan proletariat oleh kelas pekerja di pelbagai negara itu.

Berikutan penumbangan Komunis Paris (1871) bagi mana Marx memberikan kajian baik sekali, jelas, bijaksana, mantap dan revolusioner (The Civil War in France, 1871) dan jurang yang disebabkan oleh Bakunin dalam Internasional, pertubuhan tersebut tidak lagi dapat wujud di Eropah. Selepas Kongres Internasional di Hague (1872), Marx menyarankan pemindahan Majlis Umum Internasional ke New York. 

Internasional Pertama telah memainkan peranan bersejarahnya, dan kini membuka jalan bagi zaman perkembangan gerakan pekerja yang lebih pesat di kesemua negara di dunia, zaman yang melihat gerakan tersebut membesar dalam pandangan, dan parti-parti kelas pekerja sosialis jelata di negara-negara individu di bentuk.

Kesihatan Marx dilemahkan oleh usaha gigihnya dalam Internasional dan kerjaya teori yang lebih tekun. Dia meneruskan usaha untuk mengubahsuai ekonomi politik dan selepas penghabisan Capital, bagi mana dia mengumpul bahan-bahan baru dan mengkaji beberapa bahasa baru (Bahasa Rusia, misalnya). Namun demikian, kemerosotan kesihatan menghalang dia menghabiskan sepenuhnya Capital.

Isterinya meninggal dunia pada 2hb Disember, 1881, dan pada 14hb Mac, 1883, Marx meninggal dunia dengan damai pada kerusinya. Dia dikuburkan di sisi isterinya di Kuburan Highgate di London. Daripada anak-anak Marx, beberapa meninggal dunia pada usia muda di London, apabila keluarga mereka sedang hidup dalam keadaan melarat. 

Tiga anak perempuan mengahwini sosialis Inggeris dan Perancis: Eleanor Aveling, Laura Lafargue dan Jenny Longuet. Anak Jenny Longuet adalah ahli Parti Sosialis Perancis.

Doktrin Marxsis

Marxsisme adalah sistem pandangan dan ajaran Marx. Marx merupakan seorang genius yang meneruskan dan mengukuhkan tiga aliran ideologi utama dari abad kesembilan-belas, seperti yang diwakili oleh tiga negara manusia yang paling maju: falsafah Jerman klasik, ekonomi politik Inggeris klasik, dan sosialisme Perancis bergabung dengan doktrin-doktrin revolusioner Perancis secara umum.

Diakui malah oleh pihak penentangnya, kedalaman dan ketekunan menakjubkan pandangan Marx, yang keseluruhannya mewakili materialisme moden dan sosialisme saintifik moden, sebagai teori dan rancangan gerakan kelas pekerja di kesemua negara bertamadun di dunia, menjadikannya kemestian bagi kami memberikan garis panduan ringkas mengenai konsep dunia belum secara umum, sebelum memberikan penjelasan mengenai isi kandungan utama Marxsisme, iaitu, doktrin ekonomi Marx.

0 Responses to komentar:

Post a Comment

Comment Policy: Silahkan tuliskan komentar Anda yang sesuai dengan topik postingan halaman ini. Komentar yang berisi tautan tidak akan ditampilkan sebelum disetujui.

Peraturan Berkomentar
[1]. Dilarang menghina, Promosi (Iklan), Menyelipkan Link Aktif, dsb
[2]. Dilarang Berkomentar berbau Porno, Spam, Sara, Politik, Provokasi,
[3]. Berkomentarlah yang Sopan, Bijak, dan Sesuai Artikel, (Dilarang OOT)
[3]. Bagi Pengunjung yang mau tanya, Sebelum bertanya, Silakan cari dulu di Kotak Pencarian

“_Terima Kasih_”